Tuesday, 3 December 2013

Masak

Atotototo. Aku bukan la nak share resipi ke apa kan, tak pandai takyah berlagak nak share. Hahah.

Sekarang kan musim hujan, memang hujannnn je la manjang. Dan perut pun selalu je lapar. Dah la hujan, nak keluar rumah pun malas la jawabnyaa.

So tadi tengah layan perut macam lapar je, tiba tiba Umi suruh buat mi rebus. Aku kan anak yang baik, terus la gerak ke dapur siapkan bahan. Tengah khusyuk potong bawang tu Abah keluar bilik. Sebab bilik dorang kat dapur kan, nampak la aku tgh terhegeh hegeh tu hahaha.

Abah tanya la nak masak apa, aku kata nak buat roti gardenia. Hahaha nganjing abah sebab dia lupa nk beli roti td. Bila aku kata nak makan roti, tu dia kata buat sendiri. Hahahah. Tu yang aku perli tu. Gelak bapak kite tau.

Pastu dia request, buatkan mi goreng, Abah lapar la. Sudahhhhh. Umi nak mi rebus, Abah nak mi goreng. Zap zap periuk ngan kuali ready atas dapur. Pro kau. Gittew. Hahaha. Umi ada gak la laung kat aku kan, tanya aku masak apa je. Haha, sebab aku kan sayang both, so aku masak dua dua. Senyum tau Abah bila aku ngantor mi goreng kat tempat dia nengok tv. Bhahaha. Pastu sambung buat mi rebus.

Tetiba Abah kata pedas mi aku. 3 biji cili je kot, ingat tak habis la makan. Elok je licin. Anak sedara ngn adik aku pn marah takleh menambah. Tandanya?? Hahah. Takpe pastu mana yg tadi tak cukup mi goreng, sila makan mi rebus. Amboi hahh, habis jugak mi rebus aku. Bila makanan masak je, semua datang dapur. Makan pastu tidur. Pfffft. Nasib ada aku. Ecewahhh. Gambar tak sempat snap sebab semua kemain lahap. Wahahaha. Mamee chef tu Nunang punya. Haha.

Nasib ada Abah ngan Umi je, kang aku ada suami, naya 3 resipi satu malam. Hahahha.

Kbye.

No comments: