Friday, 6 December 2013

Jalan ke Online je?

Kehkeh. Gaya burung hantu sungguh aku ni tau. Masa ni pun belum tdo. Bukan apa, aku tak ngantuk plus dah terbiasa tido lewat tu yang segar je masa ni. Hahaha. Melainkan kalau ada agenda esok hari, mesti kena tido awal. Hihi.

Kita kan nak bagitau ni, sebenarnya kita dah berbaik ngan nunang kita tu. Wahahaha. Gedik sangat nak gaduh lama lama. Kalau dekat kompom dia ketuk je kepala aku. Sebab jauh la dia layan je aku merapu bukan bukan mengata dia. Ops. Hikhik. Sebenarnya kita tipu je tau mengata tu sebab nak dia layan kita lama lama. Haha. Perempuan pelik.

Ok la, sebenarnya bukan nak cakap tu tau. Tu selingan je. Ececeyy. Kan aku suka gila ngan instagram kan, sebab ada gambar je takde la sesak ngan news feed ke apa, shared links whatevss maka aku jatuh cinta. Haha. Fb jarang bukak la sekarang hahah. Bendanya aku suka sekarang ialah usha usha instasellers kat ig.

Haha, aku takde la follow sangat dorang instasellers tu semua kang kalau follow je semua mahu penuh ngn spam je hahah. Yang aku agak agak suka tu aku print skrin je dulu kang senang aku cek balik. Hahah. Plus sekarang, Kokping, Atitaharis selalu review macam macam kat ig dorang kan, lagi la membantu sangat. Membantu buat aku jaws dropped pastu berkira kira duit tabung nk beli itu ini. Kejam sangat aih. Haha.

Macam macam boleh cari sekarang, baik barang paling mahal sampai la bundle. Hihok hihok. Juling tau. Antara benda benda aku usha sekarang macam authentics watches, handbags, alaa senang cakap benda nak buat hantaran la. Hihi! Selain direct shipping, boleh dapat harga lagi murah kot berbanding retail price kat sini. Tapi kena tunggu la. Aku baru usha je sebab Nunang dah lama sebenarnya suruh aku usha barang apa aku nak hehehe.

Tapi tadi Nunang kata kawan dia ada kat US sana kalau nak apa apa boleh suruh dorang beli je. Takpe beli awal awal kang takde rasa macam terbakar je duit tu. Haha. So aku rasa boleh serahkan kat Nunang je la kot. Jadi aku boleh narrow kan scope benda aku usha kat ig. Mihmihmih.

Baru je tadi buat payment untuk satu barang yang aku order. Haha. Nanti kite reveal eh sebab dah start gilakan that kind of thing. Haaha. Walaupun duk rumah, walaupun kena jeling dengan Umi sebab sibuk nak membeli, aku tetap tegar order barang online. Kahkah. Tah sejak bila aku dapat habit ni pun taktau.

Hm tapi tu la. Beli online pun kena bijak. Kena jugak keluar tengok harga barang kat luar. Contoh eh, ada satu tudung tu aku tengok.kat downtown RM15 je, tp ada org jual kat online sampai RM45 kot. Tu pun berebut kot nak beli. Tu la, malas jalan sangat, macam tu je. Sebijik kot. Lahhai. Sayang tau. Tapi tu la harga kita kena bayar kan, alaa standard la kalo kuar pn kena jalan, minyak kete parking etc etc. Kalau online, klik je besok sampai. Gittew. Aku suka jalan kot kat luar, boleh rasa,pegang apa aku nak beli. Heheh.

Penat dah bebel mak jemah oi. Tak sabar tunggu barang sampai. Wahahah. Nanti kita reveal ye. Bye.

#domorelah

No comments: