Monday, 30 December 2013

Funny Nunang

Blogging from KL. Haha, selaluuu datang sini konon cari rezeki la, kot? Heheh. Hari ni rehat sikit so kita blog la kejap eh? Hehe.

Pagi semalam sampai macam biasa Nunang jemput. Amboi dia, pukul 4:30 pagi katanya dah ada kat Putrajaya sana. Pelik jugak aku, selalunya lambat ni kenapa aku tak sampai lagi dia dah ada kat sana? Musykil. Bila aku sampai takde pulak dia, permainan apakahh. Haha, rupanya sempat balik yakkkk. -_____- Dah agak la kalau awal sangat tu mesti ada sesuatu, dia lepakkk hoii tak tdo malam direct nak amik aku je. Anginn pulak kite. Aku tak suka time aku datang dia menguap tak cukup tido bagai pfffftt.

Ambik aku pastu janji nak keluar pukul 11pagi gitu, tapi sebab aku baik saje la aku kata takpe laaa kang pas zohor ke asar ke kita kuar. Dia kata kul 11 or 12 jugakk. Amboii eksyen. Tapi kan, sampai pukul 1:30 tu aku tgk whatsapp dia last seen pagi tu la, maknanya dia membutoo lgi. Hiks. Lalu dapat idea whatsapp bertubi tubi cara perli. 'seronoknyaaa duk sinii, tak boringg' 'kenyangggnyaaa makann' 'burrrpp' etc etc konon perli. Kejap pastu elok dia reply 'gdmorningg' tanpa rasa bersalah. Rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding.

Pastu dia jemput aku, weolss gi lunch. Aku suka tau idea lunch dia ni, suka bawak aku kat tempat lauk beratus jenis. Juling nak pilih. Mula la tamak. Penuh lauk keliling nasi. Hahaha. Malu nak tangkap gambar. Dah la tu, siap ada piring lain letak ayam goreng pulak. Ish ish. Pastu masing masing gelak sambil cakap 'elok kan kita dua?' Makan tak kalah. Hahah. Aku ambik kerabu perut plus tauge,tp perut masuk pggan dia sbb aku tak makan. Pastu daging goreng apa tah. Pastu sambal belacan, kuah sambal ayam ngn ayam goreng. Nunang punya penuh dedaun hijau je, kambbbb sgt dia tu. Hihi!

Dah kenyang gi pusing tempat aku nak interview. Haha. Selalu kalau nk interview je dia la tukang cari jalan ngn aku. Mau jugak 3 kali pusing baru jumpa. Siap praktis walking distance hoii. Gigih sangat. Kadang dia yang bersungguh sampai nak jalan 2 3 kali tempat sama sedang aku nk pengsan dah. Hewwww. Pastu sama sama beli coolblog. Part kelakar nya bila dia ni baca signboard asal boleh je. Aku tanya la mana bank kan. Melilau dia tunjuk. "itu haa, bank al muallat" eh? Ada ke bank camtu, dh sampai dekat aku gelak la. Muamalat boleh jadi muallat? Pon boleh la. Satu lagi kan, dia baca 'amitabha association' tu tapi jd bunyi apa ntah. Sakit perut gelak ngn perangai dia. Aku sound la, membaca tak lepas tapi belaja sampai master. Dia pulak gelakk. Hahaha.

Pastu gi Putrajaya Sentral bli tiket. Sekali nampak Nabil mentor tu tgh tgu orang betul betul sebelah kereta kita. Gtau la Nunang, mmg harapan dia nak kenal kan, tp aku suruh dia jadi paparazi sbb nk buh gambar Nabil kat group geng aku. Sekali makin jauh si Nabil tu lari, aku agak dia nampak kot kitorang amik gambar dia hahaha. Penat zoom. Hahah.

Lepas tu gi KLIA, hantar member dia nak naik flight. Lepak jap kat cofeetime, ingat nak g Subang pulak jumpa Suha, tp Nunang tu nak rushing balik sbb sakit perut. Nak membuang kat KLIA takde selera sbb takde paip. Hahah. Jakun sangat. Cancel la jumpa Suha. Oh masa kat KLIA tu ada booth chocolates kan, tetiba aku terpandang Whittaker's Almond Gold yang dah lama aku mengidam tu, Nunang pun pandang terus dia grab gi bayar bagi aku. Hahaha. Wehh, sekarang kan dia ni macam concern sgt pasal permintaan aku. Selagi boleh dia nak fulfill. Hahah. Tp tu la, kena ingatkan dia, kalau tak ingatkan tapi tetiba merajuk sebab tak dapat, memang saja nak kena la. Haha. Aku paham dah sekarangg. Nak balik tu aku kata ada barang nak beli tapi kalau dia tak menahan dah nak membuang tu aku kata takpela. Sekali dia kata jom. Haha. Rasanya takde dah kot request aku yang pending sekarang ni. Hehehe.

Pagi tadi keluar kejap settlekan apa aku nak. Rushing gi Putrajaya balik. Ish. Penat jugakk la. Sabar saje la. Nasib ada Nunang yang selalu support aku bila time jauh ngn family gini. Kalau aku serabut, dia akan mintak aku jgn pakai otak aku, pakai otak dia. Ish, boleh gitu? Haha. Main tukar otak pun boleh sebab otak aku memang kadang kadang kongg pun :p

So malam ni aku tak balik lagi. Besok kot baru balik. Hewhew. Banyakkk lagi kerja nak settlekan kat sini. Ish. Moga tahun baru dengan kehidupan baru. Wahhh. Hihi!

Tdo kejap, bye!

No comments: