Sunday, 8 December 2013

Bagi tajuk sendiri

Hari ni aku macam flat gila. Hahaha. Semalam tido kul 3 pagi, pastu pagi tadi bangun, dah takleh sambung tido. Kena keluar settlekan urusan pulok.

Pagi pagi keluar rumah, balik je dalam pukul 4 petang camtu, terus pergi kenduri plak. Hihokhihok. Tak pernah aku attend kenduri kawen pas Asar, kalau tuan rumah guna katering alamat aku tak dapat makan la. Sama macam kes attend wedding ngan Nunang kat Gombak hari tu. Sobs. Makan nasi ngan kuah je. Habis wedding berdesup cari pizza. Eh? Lupa dah. Hahaha.

Lepas makan, lepak jap kat rumah pengantin, bungkus bungkus lauk, amboi tapau siaaapp hahhaa. Takdela, sebab biasa la orang kampung, sape sape yg pegi tolong tu nt dapat la bawak balik lauk sikit sikit. Hahah. Aku tak tolong la, Umi yang nolong dari pagi sampai petang. Aku cuma gi makan pastu request lauk pengantin je. Kuangajo sangatt. Haha

Lepas dapat doorgifts, bunga telur, baru la jumpa jalan balik. Motif sangat kan. Hihi. Balik je paksa diri tak tido sebab dah petang sangat, nanti kang mimpi bukan bukan. Bila dah Maghrib, rileks kejap, rehat pastu terlelap. Masa Abah balik dari KL pun mampu intai sikit je, penat sangat nak gi teruja ngan Abah. Hhahahaha. Tido ngn baju kurung hoii, dengan tak mandi. Takyah bayangkan aku busuk camne sebab tak busuk. Dah pinjam kakak aku punya Gucci Flora tau. Hahahha.

Handphone duk bisinggg tepi telinga pun aku buat pekak je. Selalu aku takleh tido kalau bunyi phone, sebab tu kalau nak tido aku akan silentkan. Tau je la Nunang, dia tu nak call aku tak tengok jam. Balik futsal jam 3 pagi pn nak call anje anje ngan kita ni. Hahaha. Memang aku doplohpatjam standy penampo la kan. Kuikuikui.

Pastu dalam pukul 10:15 camtu terjaga, menonong gi anje ngan Abah jap yg tengah nengok bola. Pastu straight je gi dapur, panaskan bubur kacang orang bagi time kenduri tu. Makan tu je la malam ni, kata diet wekwek. Hahahh. Pastu bantai tengok Life of Pi kejap, pastu dah taktau nak watpe. Huhu. Kacau Nunang la, my last resort. Haha. Sembang masa depan sikit, sampai hati blooming pastu sengih sorang sorang. Hihik.

So sekarang, taktau nak watpe. Hupdate blog dengan entry taktau nak buh tajuk apa. Hahahha. Nunang tu, aku biar dia hanyut ngn backpack yg dia baru beli. Kata nak gi hiking esok. Amboii. Keje sekarang tawan bukit bukau je. Mentang la dah berjaya tawan iolls. Bagus, jangan tawan pompuan lain sudah. Aku cabut gigi satu persatu. Ekekeke.

Nak paksa mata lelap jugak. Ish.

Bye.

No comments: