Wednesday, 20 November 2013

Main Masak Masak

Hello!

Ehehe, aku kan duk rumah je sekarang, jadi kesempatan yang ada ni aku guna la nak tajamkan skill suri rumah. Gittew. Antaranya, masak. Hoii, bukan aku tak tau masak langsung takat goreng telur tu pejam mataaa je aku boleh goreng tau. Bahhahaa.

Umi selalu gak la bising sebab anak anak semua mintak tadah mulut je. Hahaa. Bukan taknak masak, kan Umi dah selalu masak sedap sedap, sekali aku masak banyak dia kompelin so ai is sentap la. Nahh la Umi masak je semua hahahaaha.

Umi ni jenis dia master la masak nasi bla bla, lauk bla bla. Dia tak minat baking ke, buat kuih ke walaupun dia pandai, sebab leceh katanya. So aku guna la kelebihan tu, bia aku yang buat benda leceh gitu. Muehehe.
Duk rumah ni banyak gak la resipi aku dah belajar kan. Contohnya donut gebuss kebabom, karipap ikan (aku tolong uli doh je) kuih lompang, apam mekar yang tak mekar, dan yang paling latest aku buat puding gula hangus.

Hehehe, Umi tak pernah buat puding tu, so dia tak dapat la tolong aku. Tanya kat group ‘Gossip Girls’ pun hampeh dorang nak tau. Hahahhaa. Last choice aku, Google. Taip pudding gula hangus, printskrin, gi kedai beli barang, gamble kat dapur. Muahahaha.

Hoihh. Percubaan pertama aku. Kira jadi la walau gula aku tak perang sangat sebab aku takut hangus terus. Hahaha. Abah siap bagi 4/5 bintang. Omg omg, baru first time kotttt. Hahahaha. Pastu hari tu Umi sebut lagi puding tu, suruh buat lagi. haaaaa, sedap la tu. Kembang tau! Nunang pun jeles gak nak makan iolls masak. Sabar ye nunang, nanti iolls sumbat dia dengan banyaaaak makanan hahaha.


Hari tu sekali, aku tak lunch tau. Pastu tetiba nak makan malam, lauk semua yillek. Gewwan tau sape ntah dalam rumah ni makan banyak selain aku. Terkial kial cari buku masak yang aku pernah beli tu, masak sambal apa ntah sambil Umi gelak gelak tengok aku. Hahaha.

Well at least aku nak mencuba, turun dapur. Kau hado?? Nan adoo.


Hehe, bye!

KL lagi minggu ni! :)

No comments: