Monday, 25 November 2013

Coffee Talk, IKEA and Self Reward

Semalam pagi pagi aku dah jejak KL. Nunang awal awal lagi tunggu aku sbb aku majok ngn dia. Ahahhaa. Nak pujuk lettew. Hahhaa omey angat.

Sebab awal lagi kan, lepas dah terpujuk tu aku request la kat dia kata nak mamak. Amboi mamak nya aku sekarang. Layan la mamak jap, sempat sembang teh tarik ngan neslo haha. Sukaa tau kalau jarang jumpa sbb aku rasa banyakkk benda boleh cakap. Heheh. Biasala kalau Nunang, dia suka cakap benda yang mengajar aku. Hahaha kadang dia tegur aku kuat sangat merajuk tu aku buat pekak je la. Boleh pulak request jangan merajuk langsunggg. Amboi, tak agak agak. =p

Lepas tu aku check in, dia balik rumah. Katanya suruh aku rest dulu karang lepas Zohor dia datang amik. Set. Masuk bilik, guna wifi sebaiknya la kann, download itu ini sampai tertido. Pastu terjaga sebab Nunang whatsapp kata dia nak siap datang amik aku dah. Ohemgeee. Tgh mamai sempat la ckp ok kan. Rembat towel, g mandi. Haha pastu lama sikit la dia tpaksa tunggu aku. Padan muka tu. Elok dia timing, semua lari sebab aku lambat. Konon nak g kenal tempat aku kena g esok tu (hari ni) tapi aku kata takyah sebab berlagak mahir. Haha.

Lepas makan, Nunang ajak gi IKEA. Second time la gi sana. Jalan pusing sampai warehouse. Dia ni nak beli katil, aku larang sebab aku kata tunggu la ada rumah baru beli perabot. Dia kata bia la dia nak guna dulu. Beriya tau, lama dia belek katil tu last2 dia tak beli sebab aku bebel. Tapi dia bunyi gak la kan, salahkan aku. Kata sebab aku la dia takleh beli. Wahahah. Pastu dia ugut aku kata nanti nak pergi beli sorang2. Hahhaha. Hebat gak kuasa aku, terbantut niat dia. Gagaga.

Malam tu aku macam cuak sikit la sebab konon tau arah tuju tempat tu. Tapi aku rasa nunang tau aku cuak kot, dia pun drive g tempat tu. Tunjuk kat aku macam tu macam ni. Hahah. Lega dapat Nunang memahami. Hehehe.

Pastu terus hantar aku balik hotel, bungkuskan makanan kat aku pastu suruh aku study. Aku mana nak tdo awal awal plus sorang kan. Mengarut je aku buat tau tau kul 2 pagi. Haha takleh jadi besok nak bangun awal. Pasang tv, tdo ayam je. Kul 4 pagi camtu macam dh berani sikit aku bangun tutup tv tutup lampu tdo nyenyak sikit. Kul 6.10 dah bangun. Heheh.

Gerak g tempat aku kena gi tu. Aku rasa hari aku sungguh amazing. Alhamdulillah la walau malam sebelum tu aku macam hilang semangat kan, tapi aku rasa aku dh bagi paling baik la kot. Sbb aku puas hati dgn performance aku,senyum je sepanjang jalan balik. Well, jom tunggu good news. Hopefully. Takut gak eeei. Umi Nunang pun sibuk text aku tanya how's thing going on sampai Nunang macam jeles tau sebab aku ada dua Umi hahaha. Semalam Umi dia kol dia pun duk tanya pasal aku, mana tak jeles. Hahaha.

Rushing balik, jumpa Nunang masa lunch. Sebenarnya aku nak gi tempat lain pulak tapi tu la badan macam dah penat gila kot. Dah la tengah bendera. Penat la so cancel, aku nak gi jalan. Sorang sorang. Sobs. Nunang kata nanti dia habis keje dia amik aku.

Sebab jalan sorang aku taktau nak gi mana, maka mari lepak makan sesuatu. Reward diri sendiri untuk hari ni. Hahah. Makan ringan je la sebab dah janji ngan Nunang nak makan faveret japg. Yayyy.

So ni tengah tunggu encik heshhodee tu abis kerjaa. Huwarrghh macam ngantuk je macam penat je. Cepat la yayanggg.

Haha. Bye!

No comments: