Monday, 21 October 2013

Pandai Jaga Barang

Hi!

Baru-baru ni aku gi jumpa nunang aku ni. Dah dia takmo balik, biar aku yang gi ziarah dia nun di KL sana. Gigih iolls naik bas tau. Hahah.

So malam tu keluar ngan dia, aku decide nak merisikokan diri. Kahkah.

“Nak tgk sesuatu tak? Tapi janji jangan marah”
“Apa?” *angkat kening*
“Nii, handphone awk yg saya pinjam dah retakkk”



*Dia pandang je pastu aku pahammmm dia tak puas hati*

Nahh. Padan muka aku, sape suruh gatal mulut kan. Plus handphone tu adik aku guna. Sebenarnya dia bagi phone dia tu kat aku suruh guna buat modem. So aku guna laaa, elok je aku guna pastu adik aku mintak nak pinjam. Aku ken baikk, aku bagi je la. Tup tup, jatuh—RETAK.

Drama tu membawak la sampai dalam kereta semula. Dah dia diam, aku lagi diam. Aku wassap dia cakap minta maaf bla bla, dia boleh buat derk je. Aku cakap la nanti aku ganti phone baru. Dia bengang ngan aku hoi.

Dia kata aku tak bertanggungjawab, sebab barang tu dia bagi aku pinjam. Bila pinjam, kena jaga la sebab PINJAM kan. (read: kena pulangkan) Dalam hati aku dah macam macam kata dia kedekut la, berkira la etc. Haha. Dia kata lain la kalau dia bagi kat aku, lantak la nak buat apa, nak campak ke, buat sup ke. Ni dah la dia bagi pinjam, aku boleh bagi adik aku pulak pinjam. Laa, aku mana tau. Salah aku ke? Hahahaaa. Adoii susah betul la dia ni. Gewwan plak aku. Dah kena marah, aku diam la. Mula la dia tak senang hati bila aku diam. Aku nak ganti baru, dia taknak. Pening fikir tau! Dia kata nak aku belajar hargai barang. Pffftttt. Yela pasni aku taknak pinjam terus. *majokk*

Sepanjang 5 tahun aku dengan dia ni, memang aku tau dia ni cermat jaga barang. Kalau aku, handphone beli semalam, hari ni terjun (read: jatuh) dari meja, aku watlek watpis je. Kalau dia?? Kompom moody taknak cakap ngan orang. Hahah. Sayang sangat barang barang dia.

Hari tu dia beli jam baru, beriya tayang kat aku. Pastu baru ni time keluar ngan dia, aku duk tilik la jam dia tu kan, pastu aku bagi dia pakai tetiba dia perasan ada satu kesan macam calar tak calar sangat la kan, macam kena titik sikit je. Adoii, risau aku dia tuduh aku dengki ke apa kan. Hahah. Tak berenti hoi dia belek jam tu dengan seribu pertanyaan. Risau gak la aku kot dia suruh aku balik ke sebab dia dah takde mood nak jalan. Kahkahkah. Pelik aku kenapa sayang sangat, agaknya kalau aku tanya sayang mana lebih, mesti dia takleh jawab. Hahaha.

Sekarang dia ada habit baru, dia suka beli barang yang dia rasa boleh jual balik. Contoh la, PSP. Masuk ni dah kali ketiga dia beli, dia jual. Kang dia rasa nak beli, dia beli balik, dah bosan, dia jual. Pastu beli balik. Habit apakah? Ipod 6th generation la, apa laa, hari ni dia beli, esok tak berkenan, dia jual. Hari tu dia pakai Apple Ipod tu kan sebagai jam, lama gak la dia pakai pastu tetiba dia nak jual. Aku tengok elok je semua accessories benda alah tu. Charger, earphone, strap. Semuaa la weh. Kalau barang aku, kotak sah sah dari awal masuk tong sampah, earphone mesti aku lupa letak mana, charger mesti dah kena gigit tikus, skrin mesti calar balar. Kahkahkah. Wehh, beza gilaa dia ni ngan aku. Aku kata la bagus sebab kita ‘completing each other’. Tapi dia tak suka ayat tu. Apakah? Sungguh sesuatu.

Sebab aku cakap tu bila time dia tak setuju ngan cara pemikiran aku. Dia kata tak matang. Pffftt. So dia taknak completing each other dengan dia sorang je fikir matang, aku tak. Dia nak aku fikir matang. Bhahahaha. Macam macam. Kang aku terlebih matang susah pulak.

Ok bye!


No comments: