Sunday, 6 October 2013

F turns 26!

Happy 26th Birthday, F.

Hewhew. Sebelum bulan Oktober lagi memang aku dah runsing nak buat apa utk hari lahir dia ni. Yela, sebab sebenarnya aku dan dia takde tarikh khas kan konon masa declare ke hape, jadi aku rasa hari jadi je paling specific. Heheh. Alaa, lagipun bukan selalu, sekali je setahun kalau berkali kali haram aku nak layan. Bhahaha.

Memang aku buntu jugak la sebab aku kan kat Terengganu, dia kat KL so aku memang taktau camne nak celebrate dia ni. Pastu aku teringat masa praktikal dulu, time birthday boss aku, walaupun dia gi keje ngan husband, tetiba sampai la sekotak ferrero rocher dengan bunga segar, ada orang buat delivery, husband dia tempah. Pastu masa anniversary kahwin sorang lagi manager kat situ, tetiba dapat surprise bunga yang sedabak tu. Haih la, tidakkah itu manis??

Hahah, time tu aku dah dapat idea la sebenarnya, pasal door to door delivery service ni, maka masa aku tengah duk fikir nak buat apa tu, TING! Datang la idea tu. Hihokk. Kebetulan birthday dia hari Sabtu, dia kerja la half day. Laju je aku google nak tempah cake untuk delivery ni. Hoi, dia punya ofis address pun aku google, kang aku tanya, kantoi la. *maseh pak cik Google*  Aku request cake cemana, dorang bagi harga, aku isi form, aku bank in payment. Zappp! Puas hati aku tunggu je hari Sabtu. Heheh. Aku request delivery dalam pukul 8-12 tgahari so memanjang tempoh tu semalam aku tunggu je la dia call. Heheh.

So semalam dalam pukul 11 lebih camtu, dia call la aku yang memang tengah standby je tunggu call. Heheh. Dia tanya aku buat surprise kat dia, aku buat derk je. Padahal aku dah senyum senyum. Mihihihi. Tapi dia memang boleh agak aku tempah kek tu sebab aku ada tanya dia pasal wordings atas kek tu sebelum ni. Heheh, kemain koo dia suka sangattt. Aku lagi suka kalau dia sukaa. Yayy, rasa puas hati sangat. Settle tahun ni, tahun depan pulak. Haish. Haha. In Sha Allah tahun depan aku buat party kat rumah kitowangg plak. Hehehe.

Sehari lepas aku book kek tu, office dia ada buat advance celebration dulu, dorang beli Chocolate Indulgence, Secret Recipe tu. Damn, dah la aku pun tempah choc kek jugak, maka masa tu aku harap sangat dia suka kek aku tempah tu walaupun aku macam dah give up sikit hehe. Ingatkan nak tempah rainbow kek, tapi bila aku fikir nak suruh dia makan ngan dak ofis, maka takyah melebih lebih sedangkan aku tak dapat pape. Dasarrrr sungguh pompuan ni.



Balik kerja, dia call aku tapi aku gi kenduri, pastu petang baru dia bercerita pasal kek tu.

Dia: Cuba ngaku kalau ada pakat ngn budak budak sini (tempat keje) nak buat prank lempar telur, tepung bagai.
Aku: Hahaha, mana ada, kena ke tadi? Hahahha.

Hoii, sebenarnya memang aku ada niat nak pakat pun tau, tapi susah sikit nak contact geng dia ni sebab kang melalui FB boleh kantoi pulak. Haha. Tapi aku tumpang gelak la bila dia kena ngan geng dia tadi kan. Kemain banyak telur, tepung. Sian tunang ai ni tauu. Patut la dorang beriya taknak makan sebelum habis keje, dorang pun ada surprise jugak. Haha. Padan muka!


Pastu dia cakap la, kek tu semua orang dalam ofis tahu aku yang hantar. Dorang cakap aku sweet je buat surprise macam tu. Heheh. *kembanglobanghidungg* Memang pun ai is sweet. Kahkah.

Hehe, ape pun, aku memang happy bila dia happy. Tapi maap ler bang, tahun ni dik non belum mamfuu nak bagi abang hadiah memahal. Heheh.

Happy 26th Birthday, handsome Fiancé.
Ko tau, dia punya busy, dia boleh lupa ni birthday dia yang ke berapa. Adoii, parahh.


Byeee. 

No comments: