Thursday, 17 October 2013

Bonding Time

Salam Aidiladha semuaa. Gituuu.

Baju ni bakal MIL jahitkan, dapat masa merisik =)

Dua hari sebelum raya, nunang kita dah selamat sampai kat kampung, dia sampai Sabtu malam. Sebab aku merungut raya hari tu dia tak bawak kite gi rumah dia, maka hari Ahad tu awal awal lagi dia jemput kite bawak balik rumah dia. Hikhik. Nak suruh bonding dengan family dia katanya. KATANYAAA. =p

Kalau dulu aku macam malu malu kambing, sekarang dah okey sikit la sebab aku malu kucing. Hahah. Sampai je rumah dia, lepas salam semua aku duduk je la kan, kekok bhahaha. Bakal MIL duk menjahit so dia busy la. Kejap kejap je la dia kuar sembang ngan aku. Takpe, sebab kalau hadap aku pun aku taktau nak cakap apa. Hahah. Si Dia ni dah jeling jeling aku, pelik ngan perangai aku datang rumah dia tapi duk baca komik lawak kampus. Kuanghajo sangat, haha. Adik dia duk nengok TV, Umi dia menjahit, itu je la yang ada kat rumah. Walau dah banyak kali aku gi rumah dia kan, tetap aku rasa kekok nak gi dapur ke sana ke sini. Hahah.

Dah puas kena jeling ngn dia ni, aku pun bangun la menonong gi dapur. Memula aku ingat nak siang ikan, sebab Umi dia nak aku masak pffttt tapi aku takut kang ikan pari ke, ikan merah ke, too hard to handle. Ish. Maka aku amik keputusan kemas dapur. Baru je aku start kemas, Umi dia datang dapur.

“Eh, mengemas? Haa, kemas la Umi nak sambung menjahit”

Laju je la aku kemas semua kenn, konon rajin sangat. Kang kalau dorang tak jumpa mana aku letak itu ini, jangan marahkan ai sudah ler. Hikhik. Lepas tu aku menyapu. Bakal menantu misali sangaaat aku kan? Aku jenguk gak la kat depan, dia membutoo dah woi atas sofa. Amboi kemain dia orang datang rumah dia, dia buleh membutooo. Zap zap zap, siap kerja aku. Haha.

Pastu Umi dia datang dapur, suruh aku ngan adik dia masak. Hahah. Habis la aku. Kat rumah aku tadah mulut je hoih, datang sini kena masak. Rasa nak balik je haha tapi aku kan tahu masak, buat apa nak takut. Eksyenn. Ada sotong, ikan, ayam, sayur. Umi dia suruh aku sayur pucuk paku tau, tapi aku ngaku siap siap aku tak pandai. Haha, dah la aku ni tak kenal sangat nama ikan lagi lagi yang aku tak makan, seronok je adik dia bahan aku.

“Umiiii, Kak Hanan dok kenal ikang nii” Jahat je tau nak buli aku. Sebab aku tak tahu nak masak sayur tu, Umi dia suruh buat sotong masak merah. Ok jom gamble. Tapi sebenarnya Umi dia yang tolong banyak, senang cakap aku tukang kacau je la. Haha. Weh, lagipun cara masak setiap orang berbeza, aku kekok gak la sebab aku masak cara lain. Rumah dia tak pakai Ajinomoto, hehe aku tak suka takde tu. Dia pun dah warning aku nanti dia tak benarkan aku guna benda tu. Takpe, aku sorok je bawah bantal. Sambil tu dapat la jugak pendidikan rumahtangga sikit sikit. Macam mana nak jaga laki, layan laki. Hikhik. Aku dengaaar je.

Siap masak, Abah dia balik pastu makan sama sama. Aku layan je la dorang makan, letak nasi, letak air. Sesuatu sangat aku ni, sebenarnya aku dah biasaaa sangat layan orang makan. Terutama Abah aku sendiri. So aku entertain dey olls macam aku layan family aku je le. Gitooo.

Lepas makan, sambung sembang ngan Umi dia. Dia tunjuk baju yang dia jahit untuk aku. Dua pasang baju dia jahit, satu baju dapat masa merisik, satu lagi masa meminang hari tu. Sukaaa kita dapat baju baru. Aku cakap la baju tu kang boleh pakai nak gi konvo. Terus je Umi dia masuk bilik menjahit dia, keluarkan tiga pasang kain, suruh aku pilih nak yang mana. Nak jahitkan baju konvo. Ish. Ai is malu. Taknak la weh sebab banyak gilaa dah baju aku dapat sejak awal kenal ngan dia ni. Tiap tiap tahun dapat baju raya tau. Aku berkeras la tak nak, sampai pelik Umi dia. Sudahnya, dia yang tolong pilih kain untuk aku. Huahuahua.

Hehe, pastu kan, aku kan mengada, sempat la aku bagitau Umi dia kitorang gaduh pasal baju nikah. Dulu aku request nak kaler lain, pastu bila orang dah beli kain, aku nak tukar kaler lain pulak. Jenuh gak la gaduh ngan dia kan, tapi suka sangat bila Umi dia bagi aku tukar kaler lain. Yeayyyy! Pastu aku perhati je nunang buat muka geram ngan aku sebab dia kalah. Boooo. Hehehe.

Sembang dan try baju semua tetiba aku dengar Abah dia panggil Umi dia dari dapur:

“Eh kenapa awak campur teh halia dengan teh ni??”

Menonong Umi dia gi dapur tau. Tetiba aku teringat, masa kemas tadi aku jumpa dua kotak teh Orang Kampung tau, puas la aku belek cari beza dua teh tu. Lepas aku rasa takde beza pun, aku sekali kan je. Adoii. Vangang pulokk rasanya hoi. Bila Umi dia gi dapur, terus Abah dia senyap. Aku rasa Umi bagitau la kot aku yang kemas tadi. Ish. Ampunn, aku tak kemas dah dapur orang pasni. *ketuk kepala berkali kali* Tak berhenti aku sorry kat nunang sambil gelak. Hahaha.

Pastu sambung sembang, ngan Abah dia pun join gak sekali. Haha, suka I olls tau sebab family dia ni sporting, supportive. Pasal aku dapat kerja pun family dia sibuk risaukan aku, bagi pandangan, tanya macam macam pasal aku. I is terharuu. Sampai masa dia nak hantar aku balik tu, dorang semua hantar aku sampai depan pintu. 

Nunang kata:

“Tengok tu, macam nak hantar anak balik asrama je, semua duk tunggu je kat luar” Haha.

Hehe, aku rasa aku dah bonding elok sikit kot kali ni, sebab rasa selesa dah. Alhamdulillah, nunang pulak memang saje jee dia banyak tinggal aku sembang ngan family dia, nak aku sesuaikan diri. Heheh. Boleh dah kot. Haha. Hari tu aku happy sangat, except for the fact that aku campurkan dua jenis teh yang berbeza dalam satu bekas yang sama. Adehh.



Ok bye!

No comments: