Wednesday, 21 August 2013

Rojak Sedap Wooo

Assalamualaikum!

Hoi lama gila aku tak menulis. So hari ni aku cadang nak tulis semua cerita dalam satu entry rojak. Lagi, oleh sebab tenet aku yang kalau dekat KL dulu dia la superhero, tapi bila balik kampung ni dia SUPERTURTLE, maka entry aku tanpa gambar. Tsktsktsk. Alaa takpe, lagipun takat belog suam kuku + syok sendiri camni, takde gambar pun boleh sebab sudahnya aku jugekk view banyak banyak kali. *Kantoi* Kahkahkah.

Oh memula cerita pasal cookies yang tunang aku request tu. Kan dia beli dua bungkus, so aku bajet la sebungkus nak buat untuk family, sebungkus untuk dia. Berkobar kobar aku buat, tapi percubaan pertama aku GAGAL. Haha, sebab biskut aku hangus plus bentuk dia tak cantik, tapi yang dah last last tu, baru aku tau camne buat jadi bulat yang comel. Haha. Untung nunang dapat yang comel plus sedap (dia puji okay). Kalau tak, sure dia kata aku vongokkk buat biskut pun tak pandai. Heee. Saje aku buat back up plan takut cookies tak sedap, aku try new recipe for him, Popia Nestum! Ternyata, popia nestum hasil tangan aku sendiri yang di olah penuh kasih sayang lebih memikat hati nunang sekeluarga. Mihmihmih. Gambar takde, kalau tak aku dah boleh riak kat sini. Heh. Okay, Raya taun depan iolls open order popia nestum. Bhahahaha.


Hari tu kan, posmen datang rumah. So adik aku, Sofea ni berlari la laju laju konon nak amik surat, kad raya, astro guide bagai sebab memang kerja dia kan, pastu tetiba dia jerit panggil umi. Haa, ni sah la pos yang nak kena sign ni, sebab Sofea punya sign tak valid, maka kena ada orang lain. Aku pun keluar la, tengok OMG! Ada bungkusan untuk iolls. Hmm, rasanya takde order barang online. Tengok je tulisan, aku dah tahu dari siapa. Kehkehkeh. Yayyy, kita dapat biskut Jakarta yang kita bebel kata nak makan hari tu, plus bantal kecik Hello Kitty (advance birthday gift) yang super comel sampai kita kena simpan tinggi tinggi pasal anak sedara kita dengki. Bhahahaha. Thanks mok, pelokkk. Pastu kan, dengan bangganya aku riak ngan nunang.

“Ish, kita dah dapat hadiah birthday plus Biskut Jakarta yang kita teringin nak makan tapi awak buat tak endah. Ingat tak?”
“Ohh, dah tahu dahhh.”
“Huh, harapkan awak, tak merasa kita ni nak makan biskut tu”
“Amboi, awak taknak plak tanya mana kawan awak tu dapat alamat? Saya yang bagi kat dia, kiranya saya pun contribute juga la. Saya dah tahu lama, takkan nak bagitahu awak, mesti dia ada nak surprise kat awak kot”
“Laa, yeke?? Hahaa, sorry” *beria aku riak*
“Tapi kan, awak memang ingat alamat kita eh?”
“Takpun, cari dalam Student Portal”

LOL. Kahkah.
Haha, thanks again mok :)

Pening dah baca cerita takde gambar ni? Haha. Aku nak sambung lagi ni. Nunang balik Terengganu  2 hari sebelum raya. Sempat la dia heret aku berbuka bersama family dia kat Pizza Hut. Sudah tu, dia ni memang sukaaa tau buat surprise. “Cepat siap, saya on the way ambik awak ni, kita buka ngan family saya hari ni.” Haaa??? Nak cakap apa hoii, kang aku tak join ada geng sentap patploh hari. Adui. At least bagitau awal sikit, boleh aku prepare baju cecantik, kan nak jumpa bakal in laws. Mihmihmih. Redah je la, kalau tak ikut kang, mau gaduh time raya. Eh, tapi we olls memang selalu gaduh hari raya. Bhahaha. 

cute ke senyum gitu??
Aku bukan apa, walau dah banyakkk kali aku jumpa family dia, beraya rumah dia, aku tetap rasa kekok. Awkward. Paham tak? Sebab apa entah aku kekok, haha. Sebab aku takleh gelak cam hantu kot kalau ngan family dia ni. Family dia ni jenis sopan je semua kann, *sopan ke?*Ke aku yang tak pandai sesuaikan diri? Hoii. Entah, takpe nanti dah kahwin aku ajar dorang gelak setan guling guling. Kahkahkah.

 Oh ya, Raya tahun ni we olls, our families di hujani soalan soalan panas. “Mana tunangnya?” “Bila majlis ni?” “Menantu tak datang?? (Padahal belum jadi menantu) Haih. Pastu kitorang akan saling bercerita dan gelak sama sama. Haha. Jangan duk tanya sangat, jodoh milik Allah. Kang dah sampai, aku edar kad tau.  Tinggal datang bawak hadiah je. Phew. Ni kalau kahwin sebelum Raya tahun depan ni, aku dah agak soalan apa plak dey olls nak tanya nanti. “Dah ada isi belum?” Adeehh, okay aku nak kahwin lepas Raya ar camni. Bhahahaha.

Hoii, dull gilaa entry aku tanpa gambar. Hadoi. Mencik la. Dah la aku stop sini je la sebab aku sendiri dah muak nengok banyak sangat tulisan. Maap la ye kalau aku merapu. Heh.



Ok la. SELAMAT HARI RAYA. Bye!

ps: eh eh bole plak tepek gambo :p



No comments: