Friday, 30 August 2013

Penimbang Pecah

Hai!

Hihi, tahu tak penimbang gantung tu? Alaa yang selalu org guna nak timbang buah dalam bakul ke, ikan dalam tong ke. Tahu tak??

Kat rumah aku ada ler penimbang tu. Sebelum ni aku duk perhati je adik adik aku bergantung kat penimbang tu, nak tengok berat la konon. Hoii penimbang tu kapasiti 100kg tau, kawan aku yang berat 80kg plus plus pn berjaya bergantung kat benda alah tu.

Haha oleh sebab aku dah lama perhati, aku pun macam nak try jugak. Tanpa fikir panjang, aku bergantung la pada penimbang tu. Cubaan pertama--fail. Pasal aku tak yakin. Kahkah. Percubaan kedua-- prangg pang pang!! Jatuh, pecah. Alamak mana nak letak muka ni. Kalo Abah tahu aku pecahkan penimbang, masakla kena perli kata aku gemokk. Umi dah cemas gila haha.

Amboii, aku berat sangat ke sampai penimbang jatuh dan pecah? Kahkah.Tapi kan pastu aku, Umi ngn adik adik gelak besar. Aku cover malu lagi. Haha. Pastu Umi cakap macam ni kat aku.

"Tak sangka ye, orang macam awak ni pun kadang kadang terlepas pandang benda remeh, tak terfikir ye?"

Haha, dia gelak. Aku blur. Rupanya alat penimbang tu gantung kat paku, lahhai cuba bygkan keberatan aku paku tu nak tanggung?? Harus la roboh paku cinonet tu. Aduhh. Dah la sebelum aku tu, Sofea yang seberat 20kg telah melonggarkan paku itu pada kayu. Kahkahkah. Apa vangang sangat aku tak pikir lol. Haha nasib baik penimbang tak rosak, cermin dia je pecah. Ampun Abah.

Well, err  Umi, nobody's perfect. Kehkeh. Sambung gelak. Siap pesan kat Umi jangan cte kat orang sebab aku takut nanti org kata aku berat sangat sampai penimbang pun pecah. Salah paku yang sangkut penimbang tu hokayy! Bhahahahaa.

Kbye.

No comments: