Friday, 23 August 2013

Kerana Aku Pendengar Setia

Assalamualaikum!

Kahkahkah. Aku dah paham sangat perangai buah hati aku, dia memang suka bercerita. Suka explain benda panjang lebar. Hahah. Tapi ngan aku je kot. Sepatah aku tanya, jawapan dia berjela sampai selalunya aku la yang kena stopkan dia. Kihkih. Tapi aku suka dengar tiap benda baru yang dia sebut, kongsi ngan aku. Bagi aku, salah satu dia punya attraction ialah sebab aku rasa dia pandai. Ehem. Buah hati takyah kembang lobang hidung sangat.

Kekadang kalau cakap telefon, aku tunggu dia habis cakap tu sampai aku melayang layang hilang fokus. Bhahahahaa. Contoh la kann, dia ni suka kongsi cerita, perihal kerja dia la sekarang ni selalu jadi topik. Sampai aku rasa aku dah kenal nama nama watak dalam cerita dia. Kahkahkah. Dia cerita kat aku, as if aku pun ada sama kat office tu, kenal semua orang, tahu semua perkara. Yelaa, aku rasa sesetengah lelaki tak cerita la benda yang takde kena mengena kot. Aku rasa je. Tak tau betul ke idok. Tapi dia ni lain, kalo layan je dia cakap tuh rancak hoii kemain dia bercerita. Haha. Aku dengar je, seronok jugak. Tapi kadang kadang aku tak tau nak menyampuk apa. Semua istilah, perkataan keluar. Contoh eh, Bill of Material (BOM), sekarang kalau dia nak cte, dia sebut BOM je aku paham ler tu.

Aku rasa kalau nunang aku ni doctor, segala jenis ubat plus nama penyakit pun aku mahir kot. Bhahaahaha. Bila tengah sembang, tetiba aku diam, ada dua kemungkinan je. Pertama, mungkin sebab aku tak paham, ataupun mungkin sebab aku dah hanyut ke Paris? Kahkahkah. Pastu mesti dia cakap “bosan la tu dengar, okay kita cakap hal lain”. Hahh, terpinga-pinga aku. Selalunya aku pura pura la cakap, “eh kita dengar laa, jahat cakap orang macam tu”. Kahkahkah. Aku mungkin faham tiga perkataan pertama je. Mungkin. Tapi tak selalu pun aku buat perangai camtu. Ampun yang. Lepas tu dia cakap la kat aku “Haha, okay saya tahu awak good listener”. *Flips hair* Auchh. Sungguh manis. Tu la, aku kan kalau orang nak bercerita aku dengar je, sebab kalau aku tak berminat pun aku dengar jugak. Haha. tapi kang bila orang tu mintak pendapat susah sikit la sebab mungkin aku dah lost kat tengah tengah cerita. So aku rasa aku bukan pendengar yang bagus, setia mungkin? You jugde. Mihmihmih.

Padahal aku rasa, dia lagi bagus kot bab mendengar dan nasihat aku. Kahkah. Tapi selalu aku jadi budak degil, tak dengar nasihat dia. hahaa. Kang bila aku dapat balasan mula la cari dia balik salahkan dia. Haha.
Because I’m silly like that.

Ok bye!


No comments: