Monday, 8 July 2013

Monday Madness

Assalamualaikum, hi!!

gambar masa pegi Floria Putrajaya itu ari

Sebenarnya kan, sekarang iolls tgh buat slide untuk presentation Khamis ni. Pffft. Ye, Khamis. Orang lain dah selamat bertapa kat rumah agaknya dah keluar perkataan “ohh, boringnyaa duk rumah”, aku masih lagi terkial kial tunggu tarikh presentation. Nasib badan ler non!

Dengan internet yang serupa siput ni, maka aku update blog je dulu, sambil tunggu Uncle Google provide aku gambar yang aku mintak. Mihmihmih. Phew. Sabtu lepas, Alhamdulillah selepas cramp vontot duk atas kerusi mengadap report, maka siap la dengan jayanya! Beria aku print report tu sebab ingatkan semalam (Ahad) iolls nak balik Terengganu, datang untuk present je Khamis kang. Tapi umi tak bagi balik lagi, penat je ulang alik katanyaa. Duit lagi. Huwaaaaaaaaaaaaaa. So kat sini la aku sekarang, kat KL. Hmmm *nangis dalam hati*

Tak sabar sangat ni tunggu Khamis, tp kalau kena betulkan report banyak banyak, hardcover bagai, CD semua, mahu berkampung lagi la aku kat Melaka tu. Dah tu, bila boleh balik nihhh?? Hazab juga nak scroll ijazah ni yeah, kalau nanti aku grad aku tak dapat hadiah ke, teddy bear ke, mungee ke, haaa tahu la apa aku buat! CC: Buah hati. Kehkehkeh.

Bohsan gilaaa okay duk terperap kat rumah sini tak buat apa apa, untung aku ada gak nak buat slides, kalau tak ni meroyan dah kot. Makan pun tadi goreng hotdog je plus roti light meal grain apa entah. Western gitoo.  Pfttt. Petang kang nak keluar merayau gi pasar malam kejap sebab dah lamaa tinggal pasar malam sini kan. Ehehehe.

panorama at Taman Cempaka, Bangi semalam.

Semalam keluar jalan dengan nunang kita kenn, pergi Tesco Ampang uolls. Saja temankan dia nak survey TV untuk rumah kami nanti. Katanyaa. *ada bau nasi minyak tak?* Muahahaa. Sebelum ni dah pernah la teman dia ni. Dia ni kalau nak beli pape kan, semua tempat la dia survey, takde tengok je terus rembat macam aku kalau nak beli pape. Sudahnya lalu tempat lain jual barang sama lagi murah mula la hentam diri sendiri. Heheh. Dia ni survey banyak tempat, pilih yang paling puas hati baru dia angkut. Tapi selalunya aku ni tukang teman masa survey je, kang masa dia dah decide, dia pergi beli sendiri, balik rumah baru gtau. “Saya dah beli sofa L-shape tu”. Kehkehe. Motif sofa L-shape? Hint kat dia nanti dah beli TV, beli benda alah tu pulak. Hahaha. Mak sukaaa.

Sedang dia busy survey TV, aku sibuk survey lip tint. Kehkeh. Kitaa suka nengok kawan kita tu pakai lip tint, tantekk. Auwww. Tp haritu pakai yang kakak aku jadi tompok tompok. Susah cari lip tint kat tempat camni, selalu banyak kat online. Aku drag nunang masuk Watsons. Melilau mata cari something nice for the lips. Iolls tak suka lipstick, so aim iolls bukan lipstick. Lalu ternampak benda alah ni.



IN2IT Gel Tint. 

Ni baru ke, ke aku yang baru perasan? Noob. =.= Panggg satu kali! 
Sama la macam lip tint tu, boleh buh kat lips and cheek. Ada 4 warna, melon, strawberry, raspberry ngan peach. Calit punya calit, kat tangan kat bibir, kat bibir nunang, ehh.  sudahnya we olls berkenan warna melon. Tapi melon dah habis huwaaaa. Putus. Asa. 

Tapi nunang belum putus asa, beriya dia calit lagi warna pink (Strawberry) kat bibir aku sambil kata cantik, cantik. Nahhh, apa lagi. Bersinar sinar mata mintak dia pegi bayar dan terus blah gi makan cendol durian dengan senang hati. Yayyyy! Tapi nanti aku nak pergi Watson lain cari warna melon tu. Kehkeh. *susah sikit kulit sawo matang ni, kalo kulit putih melepak semua kaler aku tibai dah*


Byeee.


p/s: Doakan aku Khamis ni tau, aku nak balik rumah dah, taknak la kena stay Melaka lagii. *naness*

No comments: