Wednesday, 24 July 2013

Chocolate Chip Cookies for Him

Assalamualaikum!

Sedar atau tak, dah 2 minggu kita puasa. Maknanya raya dah nak dekat la kan. Haa, tetiba teringat request dia masa dalam kereta nak balik Terengganu hari tu. Tengah cakap pasal kuih raya, dia teruja suruh iolls buat Chocolate Chip Cookies. Katanya masa raya tahun lepas, dia berjaya habiskan sebalang biskut tu tanpa bantuan orang lain kat rumah mak sedara dia. Kahkahkah. Amboii, kemain melantak kat rumah orang, patut beriya suruh aku buat.

Sebab aku memang jenis sukaaa buat makanan nak bagi dia kan, dengan harapan dapat puji, hiks! Maka dengan gigih aku janji aku nak buat walaupun diri ni buta kayu. Haha, dia tu ,memang sukaaa coklat, 2 kali raya sebelum ni aku buat kek coklat bagi dia. *dia request* Sebab suka coklat la dia selalu sakit gigi. Haha. Masa jalan kat Tesco hari tu, dia nak beli coklat yang letak orang selalu tuang atas pancake tuh. Dia kata nak makan camtu je, letak kat roti je. Terus aku bagi ceramah sakit gigi bla bla bla terus tak jadi beli. Hahahaa.

Aku teringat je request dia tu, tapi mak tak reti nak buat hoii. Tapi aku diamkan je, harap dia lupa request dia tu, boleh? Haha. Tapi kan, macam tak sedap pulak, so aku cari tepung biskut tu kat Mudah, pastu jumpa. Heeee. Pastu bagitahu diaa. Sedih jugakla sebab dia macam tak endah je, so aku ingat dia taknak kot. Sobs.

Malam tadi dia call:

“Ni tgh deal dengan org yg jual tepung cookies tu, saya order dua, cukup tak??”
“Ohh ehh? Haahaa, cukup la kan, habis tu camne?”
“Takpe nanti sy ambik, besok saya pos, kang awak buatla”
“Ok”

Gittew. Pantas betul dia ni bab memenuhi selera sendiri. Kahkah.



So sekarang tengah teruja tunggu tepung tu sampai depan rumah iolls la. Hehe, hoiii dia siap pesan lagi suruh tambah chocolate chips, chocolate rice semuaaa. Padahal semua tu dah ada dalam tepung tu. Tinggal aku gentel je. Nampak tak kegilaan dia pada cekelat?? Haih la abangg.

Satu lagi dia kata, dia beli tu supaya aku tak merajuk dan buat perangai. Lalala. Lamaaa dah aku tak buat perangai lepas dapat Coach hari tu, so aku rasa takat dapat tepung cookies ni tahan la aku tak buat perangai sehari kot. Kihkih. Jahat sungguh dahku.


Kang bila buat cookies tu mesti rumah iolls berbau seperti Famous Amous. Bhahaha. Jangan datang jiran duk tenggek tanya buat apa sudah la, haha sebab saya hanya buat biskut untuk nunang saya sorang tu je. Kahkah. 

Ok bye!

ps: Haha kemain sentap bila aku kata "got my eyes on one of the docs here". haha, aku still kat sepital ni, hari ni boleh discharged. 

No comments: