Tuesday, 11 June 2013

Perempuan, Jangan Malas!

Assalamualaikum!

Am not working today, pepagi pukul 9 dah gerak pergi Melaka, jumpa our advisor yang super busy tuh. Haha. well, let’s not talk about him because I am so runsing about my thesis and viva! Vavavava. Yet still blogging? Oh come on, doesn’t mean I have to eat with my report, sleep with them and so on. Terrible! Sedapkan hati sendiri. Heh.

Pukul 10.30 dah sampai Melaka, jumpa kejap tau tau pukul 1.30 dah sampai KL. Haha. Lunch time oh! Told him I wanna go to Hentian Putra, nak beli tiket balik rumah minggu ni *sebenarnya saja acah* end up kat Jalan TAR. Awesome! Jalan sendiri sendiri mata melilau tengok barang. Sudahnya satu pun tak sangkut kat hati ai ni. Jalan tempat terbuka camtu sorang sorang rasa cam tak secure pulak. Haha. Terus laju laju balik rumah, beli tepung cucur bawang , minyak. Japgi goreng la kalau lapar. Hihik.

Balik rumah je mata tak senang tengok rumah dah macam kandang pftttt. Hahah. Ambil penyapu *cece nak ckp aku rajin kan* sapu rumah sampai terjatuh pintu cabinet tv sampai pecah. Haha. eh bukan salah iolls tau, benda tu yang tertanggal, aku dah check. Plus tengok pun macam dah berabad je. Adat la, yang patah tumbuh, hilang berganti. Ewah, aku ke kena ganti?? Nooo!

Tenet aku ni sebenarnya geng siput sikit kalau kat living room ni, tapi kalo dalam bilik boleh la kata macam ulat gonggok kot? Hehe. Among us kat rumah ni kan, ada sorang ni dia tak kerja tau, aku pun taktau apa motif dia duk sini. Dari awal sampai sekarang memang tak kerja. Kawan aku sampai kata “Hebatnya dia duk KL tapi tak kerja”. Paham paham la living cost kat sini. Tapi kalau orang yang kerja ni cuti, haa dia pun sibuk gak ler balik kampung. Entah. Tak kisah la dia tak kerja, suka hati dia la aku okay je tapi pantang sangat dengan aku pasal dia ni pemalas. Hoii, pantang betul ngan aku pompuan camni.

takkan hari hari??

Dia masuk sini seminggu selepas aku, ex housemate dia ada la cakap yang dia ni pemalas sikit, kitorang tak amik pot sangat la sampai kitorang dah lama duk ngan dia. Sekali pun aku tak pernah tangok dia pegang penyapu. Baju baju dia semua kumpul tak basuh. Hoii, apa cite ni? Kalau makan semua nak angkut dalam bilik. kitorang perhati je perangai dia ni. Pernah gak ler ada yang sound dia suh cebok lebih sikit kat toilet tu, dia boleh tanya “oh..eh?” Hoii. Hangin dak rumah aku. Aku betul tak suka pompuan camni, awal awal aku okay je dah lama lama, gewwan pulak hati kita. Lagi la dia sebilik ngan aku. Kalau nak keluar kemain hah cantik, wangi, tapi superb pemmmm. Weii, aku tak sukaaaa pompuan pemalas. Kerja dia kat rumah ni, makan dalam bilik, mandi, tidur, gelak gelak tengok TV. Tu pun kadang kadang cawan yang malam ni dia guna, besok baru dia basuh. Tak paham la aku.

oh puh-leaseeeeee

Dah terngumpat housemate, haha. Pelik sangat la perempuan pemalas camtu. First time la aku jumpa yang type ni. Haha.

True!

Wei, sebenarnya apa cite aku hari ni? Hahahhaa. Dah mengarut luah perasaan. Hahah. Sebenarnya aku nak elak tidur sebab kalau aku tidur petang ni, malam ni aku tak ngantuk. Besok kan nak kerja. Hari hari terakhir ni semangat aku tinggi je, gi kerja pun senyum senyum sampai akak akak aku kat opis tu geram ngan aku happy sangat. Hahaha.

Cukupla ni, perempuan sangat tak sesuai jadi pemalas tau! Jangan malas sangattt! Doesn’t suit us! Aku ni takde rajin sangat, tapi takde malas sangat, agak agak la der. Nak tegur aku tak reti pasal dia lagi tua, plus aku bukan jenis sound menyound direct nih. Dah ada yang sound pun dia boleh buat derk, ni namanya tak makan saman! Bila pepijat gigit mula la mengadu gatal la, berparut la, dah engkau tu tak jaga kebersihan!
Pijat la makan dia. hahah.


Ok bye!

*pics googled*

No comments: