Sunday, 9 June 2013

Foot Massage

Assalamualaikum!

Baru-baru ni keluar dengan Along’s family je pasal tunang kita busy plak dua hari berturut turut jadi volunteer kat kenduri family dia di Sepang sana. Awalnya dia nak je angkut aku sekali, tapi iolls kan exclusive, takmo la terdedah sangat dengan family dia keseluruhannya. Sabar sabar sikit kalau ye pun nak exposedkan ai ni. Nanti muaks pulok. Heh. Ingatkan takde yang nak nanya, rupanya ramai gak yang nanya apesal la dia tak bawak nunang dia sorang ni. Eceh. Hiks. Sabor ye, nanti dah official jadi wife, angkut la pi mana pun, hamba redha. Tssskk.


Hantar gambar ni kat Uncle Man, dgn caption "Rara culik Aunty jap tau, nanti Uncle dah habis kenduri bgtau ler Aunty." Dia? Mampss tak layan aku. Haha.

Okay bila dah jalan dengan Along, harus la ai jadi babysitter, tukang kejor, tukang bagi makan, tukang cubit cuit anak dey olls tu. Lotih la jugok, senyum senyum sinis je kita. Mak Pak dorang bila tau ada babysitter, kemain seronok, sakan shopping lupa Rafique ke mana, Rara ke mana. Bagus sangat kakak aku ni pandai gunakan aku. Sobs. Maka berlarian la Aunty Demok kejor Rafique sementara Rara pulak menjerit jerit nak keluar dari stroller dia. Gewwan tahu?


Dah petang sikit, baru ler Uncle Man yang baru balik kenduri tu join the group. Ingatkan datang si Uncle ni, Mama dorang nak la bagi chance we olls jalan pulak. Rupanya TAK. Semakin seronok Mama Papa dorang jalan. “Pa, jom gi sana jap, Pa, jom tengok tu jap, Rara aunty jaga” *sambil jalan peluk peluk pinggang tinggalkan we olls* pffftttt. Aku perhatiii je kakak aku tu. Kemain lagi diaaa. Pang tau la!

kena tinggal. haha!


Dah gatal sangat duk atas massage chair, aku masukkan ler RM1. haahh, mengurut ler sama sama. Last-last...

Uncle Man bagi chance kat dia ni je

nasib baik dak gemok ni tido, kalo tak..haru!

Dah puas dating berdua, baru ingat anak-anak. Uncle ngn Aunty penat hokayy jaga budak. Mujur la Rafique ni behave sikit kalau dengan Uncle Man. Pssst, Uncle Man ni tegas sikit. Padan muka Rafique.
Lepas je Along angkut anak anak dia bawak balik, maka kami pun sebenarnya takde arah tuju dah. Tetiba dia mengadu penat kenduri dua hari pastu katanya nak pergi mengurut lepas hantar iolls balik. Wah, mengurut? Sebelum ni memang dia selalu gi mengurut, suka sangattt entah dah terjatuh cinta dengan tukang urut tu tak? So dengan yakinnya iolls kata nak ikut. Uishh, dia kemain la happy sebab sebelum ni dah selalu sangat dia ajak gi massage sekali, tapi aku taknak, macam sakit je. Muehehehe.

sempat makan jap sebelum gi massage

Sampai foot reflexology tu, kitorang duduk atas kerusi pastu amoi tu bawakkan bekas berisi air panas. Err, suam kot? Dia rendam kaki aku dalam tu, terangkat angkat kaki kita sebab panas tau. Pastu amoi tu kata jangan gerakkan kaki, rendam je, tahan. Yang tunang kita pulak sedap je gelakkan kita yang jakun ni.
Sejam hoii amoi tu urut kaki aku. 

air panas, masak daging iolls.

muka berlakon, padahal tengah sakit ni

lalokkkkkk kena urut

Buat muka brutal je tahan sakit sambil ngadu kat dia yang cool je kat sebelah. Amoi tu banyak kali gak ler duk tengok muka aku, kot la aku buat muka berkerut tahan sakit ke. Haha. Tapi aku kan brutal, tahan je walau dalam hati rasa nak sepak je masa dia urut jari kaki aku tu. Sakit hoiiiii. Dia urut jugak paha sikit, pastu ending dia tepuk tepuk belakang sambil urut leher. Haaa, yang kat leher tu aku surrender pasal dah sakit sangat plus geli okay. Pastu legaaa bila sejam dah habis. Weh, kalo buah hati ajak gi mengurut lagi jawapan aku, TAK NAK!

pas urut dah. yayy

Lepas mengurut tu takdela kau boleh lari sepantas cheetah pun konon konon kaki dah tak lenguh. Tak okay, jangan hover. Tapi okay la, kot. Haha. Aku ni dah la hari hari pergi kerja kena hiking bukit, so rasanya esok tu time aku hiking naik bukit tu speed aku increase sikit, err mungkin -2saat daripada sebelumnya? Hahahaa. Sama je, Cuma rasa la sikit lenguh tu hilang. Dua tiga hari pastu, aku dah jadi macam lori tangki naik bukit. Bhahahahaha. Pffftttt.

Ni cerita basi, weekend lepas. Weekend ni? Entah sekarang pun aku tersadai kat rumah je pasal semalam ada drama lagi. Hoi penat la selalu macam ni. Aku pun tak paham apa dia nak, apa aku nak. Entah. Penat.


Bye.



No comments: