Sunday, 2 June 2013

Dia Marah Takpe, Kalau Orang Marah, Dia Nangis.

Assalamualaikum!

Muahahaha.  Tajuk tu kemain lagi direct. Hehe. Perangai sape macam tu? Ehem, entah. Aku ke? Hahaha. Tadi Ummi call, masa tu duk mamai mamai lagi, bgtau Ummi dah bangun tp still tak bangun. Eh boleh macam tu? Dalam ke’mamai’an tu sempat jugok la sembang panjang ngan Ummi kita tu. Cerita, gossip, gelak. Dah penat gelak Ummi pun bye bye la, tetiba “eh kejap kejap”. Dia sambung cakap lagi ada la dalam 5 minit. Haha, tadi kemain bye bye. Memang tiap kali cakap kat phone macam tu la, tak dia mintak sekejap, iolls yang mintak sekejap. Haha. *kenapa rasa ayat aku macam kelly-ng nih?*

Pastu bila Ummi nak bye bye lgi sekali tu, aku pulak yang kata “eh kejap kejap”. Ummi pun apalagas, kemain teruja. “Apa? Apa?” Hahaha. “Takdela, orang perli Ummi je”. Berderai gelak pulak. Pastu Ummi kata “Awk macam tu la, cakap sikit pun marah, nanti cakap lelama pun marah”. *gulp* “Dia marah orang takpe, org mrh dia sikit je, mula la muka jadi lain, nangis” kahkahkah.

kita sayaaaangg semua

Teringat pulak kat buah hati kita pun suka bg ayat tu. Ohh, adakah saya pemarah orangnya? Saya rasaaa, TAK. Tapi orang selalu salah tafsir. Hahaha. Aku mmg jenis yang cakap yang bunyi macam marah, pastu aku gelak. Cotoh kalau org panggil aku kan, mostly kawan la, aku akan jawab,”apa??” pastu dengar la orang tu sound “amboi garangnyaaa” hahhaa. Eh tapi benda tu spontan tau. Bukan aku marah, dia terbiasa.

dua orang ni selalu ar kena marah pasal suka gaduh dan sepahkan rumah

 Buruk betul tabiat aku ni. Haha. agaknya mak aku pun perhati je perangai aku ni. Bila Ummi buat ayat macam tu kan, terus aku minta maaf. Sebenarnya kita ni kan anjeee sangat, memang betul la Ummi kata tu, sape sape marah aku, terus aku taknak kawan. Terus aku nangis. Haha. I is sensitip you know. Ni mesti sebab Abah aku ni, tak pernah marah aku hoi, selalu dia back-up aku je. Kahkahkah. Tu yang jadi besar kepala. Eh eh salahkan Abah pulak.

muehehehheee, anak abah hoiii

Ummi pulak, satu je perangai dia yang aku perhati. Bila call je tanya bila pulak nak balik. Padahal kan, baru je balik dua hari lepas. So far, boleh kata setiap bulan aku balik dua kali. Kalau balik je, Abah akan jadi orang paling pening sebab aku ngan Ummi akan keluar merayap habiskan duit, masa, tenaga. Abah kata, kalau aku tak balik elok je Ummi duk rumah. Hahaha. Sekarang ni lagi pulak nak habis praktikal, Ummi la orang paling happy. “yayyy, balik duk rumah lama lama ngan Ummi pulak”. Nampak tak? Aku cuak betul bila Ummi bercakap atau pesan. Macam dia kata balik duk rumah ngan dia tu, cepat je aku balas, “eh Ummi jangan macam ni, betulkan ayat tu sikit, nanti orang tak dapat kerja, duk ngan Ummi je sampai tua”. Cepat cepat Ummi betulkan ayat “Iye, duk sekejap je, nanti keje datang cari awak” Phew. Lega, sebab semua benda yang Ummi pesan or cakap kata aku selalu menjadi.

 Pernah masa nak gi trip, Ummi pesan suruh bawak selipar biasa, aku kata takpe la, dah bawak satu kasut. Tetiba tngah trip kasut aku rosak, kena beli baru. Kalau la aku ikut apa Ummi pesan. Hari tu, nak beli tudung, Ummi kata tak payah la beli situ, beli kedai lain. Last aku berkeras, aku pergi beli jugak tudung tu. Sudahnya, 2 minggu tudung aku hilang oi, misplace. Sampai aku kata “ni Ummi la ni pesan jgn beli, bila angah beli pun takleh pakai”. Hahaha. Bila Ummi pun runsing cari, baru la aku jumpa. Mujarab sungguh Ummi punya pesan, kata, doa. Tu yang kadang kadang kala apa apa Ummi kata, aku ikut je. Takpun aku yang pesan awal awal kat Ummi, jangan pesan banyak-banyak. Then we olls gelak. Kalau Ummi bagi duit, aku tak nak sebab konon dah ada duit, haa siapla mesti dalam beberapa hari pastu aku pokai. Kahkahkahkah. Kesimpulannya, aku ikut semua kata Ummi.

Eh tadi rasanya cakap pasal marah kan, haha. takpela, kita sekali kan je. Aku memang tak suka orang marah aku hoi, sebab aku akan guna alasan ‘hello mak pak ai pun tak pernah marah ai, lu pasal nak marah ai??’ selalu yang jadi mangsa ialah buah hati. Hahahha. Dah la aku kuat merajuk, lagi lagi time PMS (Potential Murder Suspect) aku boleh buat hal takde sebab kot. Sampai buah hati almost gila cari tahu kenapa aku jadi camtu. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Pfffffttt. Selalu kalau aku buat hal, dia akan tanya la “ni dah dekat nak period eh?” Pastu dia paham sendiri. Azab gak ar bagi dia sebab aku bagi tekanan pada dia. kahkahkah. Biasala PMS (Pissy Mood Swing) or People Make me Sick. 
ko nak ape?? sekarang jemah marah! grrrr
Tiap bulan kompom sekali kena kaw kaw, bkn salah saya =P
Tapi kalo time aku PMS ke takde mood ke, dia bawak aku pusing mall tengok baju ke, barang ke, automatik aku jadi manja nak meleset je ngan dia. Haha. Therapy sungguh! Motiff sangatt. Tak pun bila dia paksa aku senyum sebab dia nak amik gamba, dah patploh kali snap, harus la aku plak yg senyum meleret, terover excited nk bergambar. hilang la segala benda PMS tu. hahaha. 

So sekarang ni misi aku nak ubah apa yang orang selalu kata aku marah tu, sebab sebenarnya aku tak marah, nada aku je dalam sikit. Kita sorry eh kat semua orang kalau kita pernah termarah. Hahaha. Kalo kita termarah lagi, terbuat nada yang kedengaran macam marah lagi, sila hempuk kita laju laju sebab sebenarnya kita tak suka la bila orang kata kita marah dia. hah, paham tak?? Haha

peace, nanti kita nak cakap sopan je macam Siti Eja. kita suka cara dia cakap.
Lembut gila.

Kita sayang semua tahu??

Byee =P

Cutes Notes: Kalau aku betul betul marah, aku yang akan nangis dulu. Maknanya aku marah sangat plus sakit hati sangat. Eh, Happy Birthday my handsome bro, Amir Syahid!

No comments: