Saturday, 11 May 2013

Kisah Cuci Baju


Assalamulaikum!

Rindu hoi kat blog! Reader kita yang sorang pun pun dah mengamuk hantuk kepala kat dinding pasal kita tak hupdate blog. Kahkahkah. Aihh, tengah syok nak blogging ni la datang sakit perut, sakit hati, sakit jari bagai. Takpe, kita tahan dulu japgi settlekan semua, boleh??

Sebab rumah sewa aku kat sini takde mesin basuh, memula aku okay la hari hari balik keje tenyeh baju dengan tangan. Dah lama lama, tambah plak dengan report yang aku kena buat, keje yang aku kena fikir, penat yang aku tanggung, stress yang aku hadam, maka mulut ni selalu ringan mengadu dekat buah hati.

Balik keje: “Penatnya..lepas ni nak kena basuh baju lagi.. adehh”
Sebelum tido: “Ish, tak cukup masa betul sekarang, baju pun melambak tak basuh. Haihh”
Hari hujan:”Dah beberapa hari hujan, nak basuh baju pun tak kering ni, nak jemur mana tah..”
Dating:”Jom la balik, banyak keje la kat rumah, baju belum basuh tu..Haihh”
=P

Nah kau, agak agak kalau kau yang mendengar rungutan camni tiap hari, tiap masa, apa reaksi? Heheh. Tapi aku untungla, aku agak dia dah bosan dengar aku merungut tiap hari, dia pun kata,

“Takpela, baju tu kumpul je la, weekend nanti bagi saya bia saya je yang basuh”
 *suara redha, mendatar je bunyiknyee*

Hah kau, cukup happy? Of course weh, kecik tapak tangan aku, tapak tangan gorilla aku tadahkan. Lepas sekali dia basuh baju aku pakai sabun dia,aku heret la buah hati pergi kedai, beli sabun basuh, kesian plak aku dah la nak suruh dia basuh, pakai sabun dia plak. Huee, walaupun awalnya dia menyentap, apa hal aku tak nak guna sabun dia je. Mengada. Padahaaal..


 Nampak tak comot kat baju tu? Haha, aku okay je kalo pakai detergent serbuk ni, sebab aku ratakan ngan air tu, ni mesti kes campak je serbuk tu atas baju aku. Senang aku belikan dia liquid detergent je, nak ajar dia guna serbuk tu satu hal pulak. Haha. *jangan marah you*

Bermula episode tu, kerja aku balik keje anginkan baju, then lipat masuk laundry bag. Hihi. Maklum ye, adik-adik kecik semua aku basuh yeah. Aku hantar kat ‘abang dobi’ semua baju besar, seluar, baju kurung, towel, cadar, sarung bantal dan segala jadah yang tak personal. Kehkehkeh. Baru ni before balik kampung, aku hantar la dia satu bag baju nak basuh, sudahnya memasing balik kampung, dia tak return lagi la baju kat aku, aku pulak kat rumah ni sambung lagi kumpul baju sampai sekali lepas mandi tu aku cari baju tidur semua yillek. Adeh. Nasib tak tido pakai baju kurung je, haha. Esoknya aku heret la dia gi Giant, beli baju tidur baru hoiii. *padan muka dah malas sangat*

Dalam kereta dia bersuara:

“Baju hari tu dah basuh tau, nanti weekend ni saya bagi awak”
“Oh, okay. Tapi kat rumah saya dah kumpul satu beg lagi tau, weekend ni kita exchange la”
“Okayy”
“Haa, macam tu la. Pelan pelan kayuh, praktis nak berumahtangga. *time ni dia angguk je, aku pun sambung cakap lagi* Basuh baju saya, nanti lepas kahwin senang la, hari hari basuh baju tu kerja awak je la. Hihihi. Sebelum kahwin dah banyak kali praktis basuh baju, nanti dah kahwin senang hati saya, semua baju awak je basuh.”

Pastu, aku ngan dia serentak:

“AIKKKK??”



Hahhahahhaahhaha. Gasakla mana mana pun, takat basuh baju *dengan machine* tak jadi hal beb. Hahahaha. Takut dah dia aku nak gunakan dia untuk kerja cuci baju. Heheh.

Ok la, mandi dulu!

Bye :)


No comments: