Tuesday, 16 April 2013

Time for Charity! Please Be Grateful


Assalamualaikum!

Last Saturday, I was tagged along with him to charity home in Kajang. Yeaay, it’s time for charity! Phew. Memula buat perangai gak la taknak ikut, tapi bila dipujuk pujuk, maka ikut la juga. Moh ler beramal sikit, nanti kang rugi je hidup ni tak sempat beramal, ye dok?



This is my first time attending this kind of event, maka bolos saja dinding itu. Since this event is actually his company CSR (sort of..) so kiranya iolls ni hanya melukut di tepi gantang je la. Eh? Oh, this charity home menempatkan anak-anak yatim, miskin yang hilang tempat bergantung. Diusahakan oleh sepasang suami isteri, mereka ada dua buah rumah untuk penghuni lelaki dan perempuan. Rumah yang we olls pergi ni rumah perempuan, most of them berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Tapi penghuni lelaki pun dijemput juga untuk makan-makan.

Sampai je,  we olls ni set up tempat nak BBQ. Tujuan datang tu hantar barang, buat makan sikit dan layan kerenah adik adik yang comel itu. Aiskrim pun ada tau, pkai machine mcm MCD punya.



Daripada awal lagi, adik-adik ni sungguh excited. Tunggu je dekat machine tu. Time tu iolls ambil peluang, try to sit with them. Then semua datang kat saya. Berkumpul sambil masing-masing sibuk nak bercerita. Sempat la saya tanya umur mereka, asal mana, dah berapa lama kat situ, etc. no sensitive questions being asked, sebab saya sendiri tak tahu macam mana nak tanya (urm,whether they don’t have parents anymore, etc). Plus, saya tak nak spoil kan mood mereka.



Bergambar, teruja mereka ni bergambar. Tengok one of us pegang DSLR yang gedabak tu, masing-masing nak try guna. Nak tangkap gambar we olls, nak pegang phone we olls. Sepanjang program tu, ada masa rasa dey olls ni comel gila plus funny and sometimes I can feel the tears are coming down. How lucky we are, baru sedar, baru nampak.

All of them are very independent, angkat kasut sekolah, susun. Yang 7 years old pun kemain lincah buat itu ini. Terbayang dalam kepala, Sophia si kecik adik saya yang sebaya budak tu, nak angkat kasut sekolah? Susun? Jangan harap. Hati saya tersentuh. Mata saya tak lekang pandang budak tu, holding tears. Comel sangat, when I imagine her life without parents, growing up with rakan sebaya, I envy her, because if I were at her place, don’t know if I can be strong.

Mana saya duduk, situ dey olls pergi, ajak saya makan, borak. Saya layan je. Ada satu masa tu, saya tengah belek phone, tetiba few of them datang dekat saya, jenguk handphone saya.

“wahh, akak pakai hp canggih”
*saya senyum, don’t know how to give them the best answers*
“kami kat sini buat handphone ngan kertas je akak” sorang menyampuk.
*Jiwa saya menangis, saya cuba bagi jawapan*
“takpe dik, nanti dah besar, adik pun boleh pakai” not sure whether my answer is good. Freeze.
“alaa akak, kat sekolah kami darjah satu pun dah pakai handphone”

Now tell me how should I answer them? Saya paut bahu mereka, because I have no answer for their questions.


Sedang duduk termenung, tetiba there’s one girl, hulurkan kertas. Suruh tulis ucapan, nombor telefon. Sampai la semua kawan yang lain pun sibuk minta kertas dengan pen, suruh buat benda sama. Lepas tu bagitahu saya,

“nanti saya pegi mana mana yang ada public phone, saya call akak ye..akak jawab tau”

Alahai.

Banyak kali saya tahan air mata, saya kagum, sedih, terharu. Time nak balik tu, dey olls dah siap nak solat Maghrib, so most of them dah kat dalam rumah. Masa tu kami dah jalan ke luar pagar pun, dey olls menjerit panggil nak salam. Masa salam, semua tunduk taknak pandang muka saya, I can feel their feelings. Siap pesan, “nanti akak datang la lagi”. Dah salam sekali, minta salam lagi sekali. Kids. They are so honest. Salam, saya peluk, cium mereka. Dah rasa macam peluk Sophia. Adik-adik. Berat hati nak balik. Even masa we olls dah gerak keluar pun, adik-adik tu still lagi tunggu kat luar rumah.

Pengalaman. That’s it. My first time and I learn a lot! Alhamdulillah. Pls be grateful with what we have. Saya memang impressed dengan adik-adik tu semua, sebab saya sendiri tak boleh jadi sekuat mereka. Berdikari seperti mereka. Sungguh.

Kalau ada masa, pergi la tempat macam tu, kedatangan kita dinanti.

Masa kita fikir kita kekurangan, ramai lagi insan yang serba kurang dan memerlukan. Jadi insan bersyukur.

 Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.



Salam.

p/s: banyak lagi pics masa event ni, nt upload lagi. =)


No comments: