Saturday, 27 April 2013

Memori Daun Pisang

Assalamualaikum!

Teheee, few days back, macam biasa balik kerja hadap lappy, ubat tido. *reportnya tak jugak buat* heh. Bukak mukabuku, tengok ada personal message from my uncle. Ingatkan apa, rupa-rupanyaaa..

"memori daun pisang waktu jalan jalan
berdua jalan kaki saat turun hujan"

eceh.

aku la yang paling tembam disitu, ehehhehe




nahhh, comel tak kita zaman kecik? hahhaa, yang paling buat aku gelak terkekek kekek ialah gambo last tu, amboi kemainn aku posing, siap ada spek hitam lagii..
Anak sape la nihhhh..Kaki yang tak tahan tu, ni mesti angkara pak sedara or mak sedara aku yang hajoo nih. aku pun takde idea time ni umur berapa, hahaaa. Tapi rasanya aku ingat kot, tu baju kurung faveret aku time kecikk. Heee. Oh, masa kecik, aku la paling demokk, paling gelap. Kahkah. Sampai ler dewasa ni, dulu masa kecik Ummi selalu kata dia tertukar anak dengan makcik India. Pftttt, sampai hati Ummi. Sobs.

Tambah pak sedara aku, time kecik dulu aku suka sebut ni:

"Naina Hainonoh"

Aku dah pening hampir gila duk fikir balik apa aku cakap tu, pastu pak sedara aku kata, aku sebenarnya sebut, "Lailahaillallah". Tu la budak-budak, dengar orang sebut, kita nak jugak sebut. Macam adik aku sekarang ni, kalau dengar bunyi kilat je terus dia sebut "Lahawalawalahawalala". Jenuh jugak la Ummi betulkan. Hihi.

Oh ya, satu lagi kenangan masa childhood ni, aku kan ada geng. 4 orang geng kampung. Haha. Weolls siap ada jadual pakaian tau. Contohnya Ahad pakai seluar panjang, Isnin pakai skirt, Selasa pakai gaun, Rabu baju kurung dan seterusnyaa. Hahaha. Sekarang semua dah besar, buat hal masing-masing, bila jumpa je mula la korek cerita lama sambil gelak terkekek kekek.

Ok bye!

*bosan tunggu prince charming datang. ugh*




No comments: