Thursday, 21 March 2013

Jejaka Perasan


Assalamualaikum!

Weee. Aku tak suka betul gossip liar nih. Dapat pulak gossip ngan somebody yg very out of my list! Haha. Cuba gosipkan aku dengan Aron Ajis ke. Okay sikit. Ehh, lupaa..marah tunang kita nanti.

Lately iolls super rimas dengan seorang Jejaka Perasan ni. Mari gelarkan JP (bukan Jimmy Palikat tau). JP ni perasan dia aku bagi level 5 la, daripada 5. Uwekkk. Nak tulis pun nak termuntoh ni. Hihok. Aku pun tak tahu camne gossip gila ni boleh wujud. Ni semua kes kawan-kawan senak (KKS) la ni duk gosipkan aku ngan dia. Ciss. Tau-tau hari tu dia sound aku.

“Hanan, aku tak suka skandal-skandal ni tau, kawan je”

Aku macam????? Apadahal mamat ni. Muka taknak plak serius sound aku, ingat aku betul nak skandal sangat ke? Adeii, aku ni tak layak nak skandal bagai, i’m taken. Gittoo. Bila KKS kenakan kitorang masa makan kan, dia boleh plak sound aku macam ni.

“Eh Hanan, mak aku tak suka orang pantai timur tau”

*muntoh* Apa mamat ni ingat ni, perasannnnnn gilaaaaa. Geram sangat kat dia! KKS aku semua dah paham sangat perangai serius bangang JP tu, saja la dorang nak kenakan JP tu sebenarnya, nk tgk respons dia. Sambil tu diorang semua tahan gelak sampai nak terkentut dgr respons JP tu. Aku pulak meluat tak leh nak cakap. Sekali dia bg respons buat aku menyampsssssssss gilasssssss! Nak je aku tuang makanan aku tu atas kepala dia. HOHHH

Sejak hari tu, aku jaranggggg cakap ngan dia. Makan pun sebolehnya aku tak nak dekat dia.PC aku tak connected ngan printer, so kalau nak print aku kena merayap sikit kat tempat orang. Sebelum ni aku print je kat tempat dia, tapi sejak kemeluatan melampau ni, aku rela jalan jauh pergi belakang.

Sekali dia bagitahu kat sorang KKS kata aku dah jarang bercakap ngan dia. KKS apa lgi, buat jd bahan pulok la. Tanya soalan ‘korang gaduh ke?’ Tuhan je tahu how sick I am! Haaa, sedar kau ek JP aku jarang tegur kau dah, dah kau perasan melebih, aku pun meluat melebih la. Tak payah buat muka senyum-senyum cakap ngan aku. HEH.

Oh hari tu dia buat aku lagi ew dengan dia.

JP: Hanan, hari ni hari apa (mukamtkpenampo)
Aku: Rabu.
JP: Jom keluar jom!
Aku: (kembangkan hidung sbb nak termuntttahhh)
JP: Jom ar, tengok wayang.
Aku: TAK NAK. (lajulajugimuntah)

Eeeeeiii, kenapaa kau??? Boleh plak ajak aku nengok wayang. Rasa nak  hempuk kepala sendiri kat dinding! Heh. KKS ajak gi karaoke, ko nak bernasyid, KKS mkn MC’D, ko minum je, KKS mkn Burger King, ko pandang je, KKS mkn western, ko boleh masuk restoran tu sambil tak makan. Minum pun tak. Fine la, tu pilihan dia, tapi nape dia nak ikut dah dia seribu ragu nak makan tempat camtu? Haihhh. Buat semua geng KKS serba salah je. Dengan tunang aku pun jarangggg tengok wayang, dengan kau pulak?? Harapan la JP. Pergi jauh dengan PERASAN kau tu. Marah ni.

Hari tu sorang KKS ni saja mainkan aku lagi, suruh pujuk dia. Ciss. Masa nak balik tu saja la aku ajak-ajak KKS ni balik sekali. Pastu saja aku tegur JP ni, “JP, balik ar, tak payah over keje”. Dia boleh jawab aku macam ni.

“Eh, kau dari tadi asyik dengan KKS je, gi la ajak KKS balik”

Heh???? KKS dah tergelak. Laju laju aku jalan keluar ofis. Hahahhahaha.
KKS ni lagi aku marah, menyampah, lagi dorang suka mainkan aku. Gewwan sangatttt! Aku ada cakap tau aku dah tunang, dorang boleh gelak, “ko tunang ngan sapa?”. Aku tau makna soalan tu, dorang nak tanya “who wants you??” hahahha. Nasib aku laa. KKS ni sengal, gurau bodoh macam mana pun, dey olls takde jenis perasan terbawak-bawak. Contoh kalau aku terpakai baju colour sama ngan sorang lg KKS, bila org tanya “eh nape baju korang sama” Ktorang pakat la jawab “Kitorang dah janji semalam”. Hah, takat tu je la. Takde nak perasan macam JP tuh. Kalau JP kena bahan macam tu, diam dia weii. Tak reti nak bergurau. First time aku jumpa spesies macam tu.

Spesies tak tahu bergurau bongok-bongok. Semua nak amik serius lalu terperasan. Heh. Terhasil satu entry semata-mata geram ngan JP nih. Hoh. Geram tak terkata. Grrrrrr.

JP HAMPEH.

#dalam hati iolls ada sorang je tau, awwww.




Aummmmmmm hangatttt
(^______^)

Bye =p





No comments: