Sunday, 3 March 2013

Anak bongsu??


Assalamualaikum!

Rasa terpanggil nak buat entry ni sebab ramai sangat orang yang tersilap anggap kata aku ni anak bongsu. Hahah. Lawak tak lawak, pasal iolls punya adik berderet lagi kat bawah. 4 orang hah. Huahua.

Hehe, tak faham juga kenapa orang yang baru kenal aku ni akan berteka-teki. “Eh, Hanan anak ke berapa? Bongsu eh? Tak bongsu, nombor dua..” “Hanan anak bongsu yeah?” “Hanan berapa orang adik beradik? Hanan mesti yang bongsu” HAHA. Iolls muak okay dengar diri iolls di teka-teki kan (eh?) sebagai anak bongsu. Haha. Kenapa yeah?

 Haaa, kita tau..mesti sebab kita ni anje hangat kan? *muntoh* 
Perwatakan kita yang adik-adik sangat, anje-anje, comel-comel gitu lalu orang sekeliling zasss teka kita anak bongsu. Kahkahkah. Dulu masa sekolah pun junior kita semua kata kita anak bongsu, bila mak kita dapat baby baru dan bawa pergi sekolah kita, junior kita sibuk tanya. “eh, Kak Hanan dapat adik? So, sekarang kak Hanan 2 beradik la yeh?” Haha. Apa ingat kita anak tunggal ke? Haha. Tu adik kita yang keempat tau. Haha. eh, kenapa aku ber”kita” sangatt ni? Euww, bajet manja la tu. Haha. Tidokkks! Masa first datang Melaka kan parents anto, pastu bila parents kita balik terus je housemate kita tanya, “Hanan bongsu eh?”. Muahahha. Adakah kerana terpancar cahaya air mata nak nangis masa parents nak balik atau apakah parents I is tua sangat? Makpak ai baru 16 tau. *mata ke atas sangatt*

Hakikatnya, cewahh. I anak nombor dua la, yang penuh dengan sifat ngengada, manja memang kalahkan Sofia (sebenar-benar bongsu), tau nak nangis je. Sebenarnya sensitive. Tengok orang buta, aku berlinang air mata, tengok homeless people, aku meraung-raung *tipu*, belum termasuk cerekarama yang sedih lagi. HAHA. Satu la kelemahan orang sensitive macam aku ni, Along suka usik aku kalau apa-apa. “Ha, Angah nak nangis la tu”. Weh, kalau cakap camtu, sama la macam cakap “eh Angah, sila la nangis”. Kahkah. Banjir aku nangis. Huahua. Pernah aku tanya Umi, macam mana perangai aku. Simple je Umi jawab, “manja dan mengada” SETEPEK aku dapat kat muka.

 Ehemm, lagi kan, iolls ni macam daddy’s little girl la. Always. Haha. Dulu adik beradik aku salam Abah takde nak cium pipi pun, tapi sebab aku salam Abah je, cium pipi dia, Along yang pemalu pun terikut. Haha. Nak gi jalan je, Abah ajak aku la. Lagi time kecik dulu, masa belum ada kereta, nak jalan je Abah suruh aku la balik mandi walaupun masa tu aku tengah main ngan Along and kawan-kawan. Along tak hairan pun sebab dia bukan jenis suka ikut vontot makpak nih. Haha.

Apa-apa nak sampai kan kat Abah, mesti melalui aku. Geram juga. Kadang-kadang adik aku yang sekarang tingkatan 3 pun suka guna nama aku sebagai tiket. “Abah, Angah nak makan KFC!!” *jerit* aku pun macam, ehh?? Bila plak aku request ni? Kalau aku marah, Umi mesti senyum je pastu adik aku kata guna nama iolls senang lulus permintaan. Kahkahkah. Padahal diorang guna nama aku sebab kalau kena sound, aku yang kena la, bukan dorang. Geram jugak. Tapi biasanya, Abah dah masak la. Haha. Disebab aku ni termanja sangat ngan parents, kalau Abah Umi tegur sikit je salah aku kan, aku nangis 3 hari 3 malam hah. Padahal tegur tak pandai buat air je. Kahkahkah.

Memang Iolls manja sangat ngan parents, agaknya macam tu la orang anggap aku anak bongsu. Tapi aku bukan la  anak bongsu ye. 



bye :)


No comments: