Wednesday, 20 February 2013

Suprise, Maggi Ketam, Weekend!


Halluuuu..

Isnin lepas, macam biasa pergi kerja, tapi hari tu rasa happy lain sikit sebab buah hati akan balik semula ke KL selepas lama bercuti. Horeyy. Dengan harapan petang nanti dapat la jumpa dia untuk dinner. Huahua. Expectation selalu ada, tapi kalau ai punya expectation tu tak sampai, alamatnya tarik muncung la untuk diri sendiri. Hampeh sangat aku ni. Heh

Sebab banyak kerja, hari tu keluar office dalam pukul 6, sambil rushing-rushing. Padahal buah hati takde secubit (eh?) pun cakap nak jumpa ke apa. Entah apa la iolls kejar. Haha. Dah la kita call dia lepas habis kerja tak jawab. Geramm. Takpe, maka laju-laju la iolls jalan menonong sambil ikut bontot orang bila nak melintas jalan. Muehehe. Tu la perangai aku, bila nak lintas jalan je, kelam kabut join orang ramai yang nak melintas. Iolls kan penakut.

Jalan sampai la LRT Masjid Jamek, tunggu juga hp ringing, tapi takdo makno ehh. Dan-dan masa tu Rapid Pass aku terselit celah mana tah dalam beg, terpaksa duk tepi jap sambil kalut selongkar beg. Phew. “Haii…” sayup je tepi telinga ni. Dah start nak angin dah sebenarnya, ntah orang mana gatal nak mencelah kat aku tengah busy ni. So pandang la tepi. Ceittt! Surprise! Dia rupanya, duk mengejar iolls dari tadi lagi tapi tersangkut sebab polis trafik bagi kereta jalan dulu. Hahha. Suka tau buat kita terkejut camni. *anje angatt* Haa, tu la..nak surprise sangat, kan dah tak cukup nafas kejar mak cik ni..hehhhe. Dengan payung pink dia nya, adoii. *pengsan* nasib baik muka brutal.

Apa lagi, senyum lebar la. First meeting after our engagement. Auww. Hehe, seronok la sebab kita balik kerja berteman. Sebelum ni tengok orang je sambil nangis dalam hati.kehkehkeh. Lepas tu je terus pergi Puchong, hantar barang untuk sedara dia. Balik tu sempat singgah makan maggi ketam dulu. Sebenarnya, ai tak nak maggi ketam sebab duk terbayang tak ayu la nanti makan ketam ganas-ganas. Belum habis fikir lagi, dia dah orderkan 2 maggi ketam. Adehhh.

Bila sampai je maggi ketam tu, terus we olls terkejut. Ketam dia gemuk hokey. Lalu dia memulakan perbualan.

“agaknya berapa harga ni..”
“ntah, kalau udang ngan sotong RM5, ketam ikut saiz laa..”
“Ooo..ni besar ketam ni..”
*buat derk je sambil nak fikirkan sesuatu*
“haa, tu nak cakap kita kedekut la tu”
“haha, tak cakap pun”



Hahaaa.. makan la dulu, nanti-nanti la kira harga. Bajet dah habis buat bertunang la tu. Kahkahkah. 2 maggi ketam gemuk banyak isi berharga RM20 you..nah kau. Tapi sempat dia cakap, nanti boleh datang lagi, sedap, ketam gemuk. Siap tanya aku lagi “nak minta ketam je lagi seekor boleh?” babap kangg! Satu cukup la, pastu ai pass je tangan-tangan (???) ketam kat dia. Tak gegurl hokayy gigit tangan ketam tuh! Mueheeehhhee.

Lepas makan, berdesup dia hantar balik. Sobs. Oh, weekend lepas first time kat KL. Sebelum ni weekend je balik kampung, apalagas, kerja aku layan Adam Hawa je ler sampai episode 42 dah. Hari Ahad, Along datang amik ai pergi makan dekat ayam penyet dekat Wong Solo! Yummehhh. Then sambut birthday abang long, Rara dan Jad. Kemudian pergi Alamanda. Sekurang-kurangnya, terisi gak weekend aku. Muahahhahahha.

Rara suka tido bila keluar jalan

bos bagi angpau ohh

Okayla. Tak tau nak tulis apa dah.

Tataaa.

=)

No comments: