Monday, 25 February 2013

Kita Love Dia

 Hi!

Sebab kes ‘tak payah cakap banyak tu’, weekend iolls hambar. Haha. Tunggu ajak keluar pun tak ajak-ajak jugak. Sobs. Tersadai la di rumah akak dengan jayanya. Yeaayyy! Sabtu malam sempat la keluar jalan pergi The Mines ngan Along, makan nasi lemak kat Old Town. Pujuk hati yang luka. 
*luka sangat boipren tak pujuk* HAHA.

Lepas tu text la dia, minta penyepak. Buat ayat sikit kengkonon besok pagi terus nak balik rumah je naik KTM sebab dia tak nak keluar ngan kita pun. Sobs. Dan yang pasti jawapan dia adalah:

“yela, pergi laaa”

Nak mampos bagi jawapan camtu? Haha. “besok kita keluar, lepas Zohor saya ambik awak” Yipppiiii! Lebar makcik ni senyum. Kehkeh. Sambil duk mainkan perasaan dia lagi, kasi hangatttt. Haha.
Esoknya, dekat pukul 2.30pm baru terhegeh-hegeh nak ambik iolls ni. Geram betul. Masuk kereta je bukan nak bercakap, masing-masing ego sangat. Dia la. Dia yang ego. Makan sorang, tak pelawa ai pun. Sentap tau. Cuma belikan air sirap je. Pftttt. Dah la jalan laju-laju, tinggal kita sorang-sorang. Kang kalau ada yang culik, baru la nak menagis tepi longkang tu. Takde perasaan je dia ni tau. Penat buat muka minta pujuk. Tapi, HAREMMM laaa.

Lepas tu dalam kereta, sambung lagi perang, masing-masing tak nak kalah. Sudahnya, aku la yang diam. Haha. Then pergi The Mines lagi, masing-masing jalan sendiri. Masuk Challenger pun buat-buat tak kenal je. Kau ke sana, aku ke sini. *perang sangat*

Huahuaa. Lepas tu masuk FOS. Belek-belek t-shirt, tiba-tiba hati iolls berbunga. Berbunga bukan sebab dia nak belanja yeh, sebab tengok design kat baju semua macam aku, comel je. Hahahha. Lepas tu bermulala episode berbaik tak bersebab. Terus lupakan sengketa tadi. Kahkahkah. You, paham la yeah, baju ke, kasut ke, mampu buat ai tersenyum semula. Ayat-ayat chenta tu tak makan derr. Hahahaha. 
*minggu depan gaji kan? Hii*

Terus je riang gembira menyanyi-nyanyi. Lepas tu lepak duduk kejap. Tahu tak ada orang tu kutuk kita. Sobs. Dia kata kita pakai baju macam orang tua. Sobs. Makan hati betul la ngan dia ni, sekarang takde selindung, terus bagi setepek je atas muka. DANGGG! Baju tu ala-ala sopan, tutup vontot dia boleh kata cam orang tua?? Grrrrrrrr. Merajuk laju-laju lari pergi sembunyi dalam GIANT. Masa tu dia senyum je lagi kat bangku tu. Cisss.

Saje la gatal nak merajuk lagi, sebenarnya nak gi toilet, lepas tu toilet tgh cuci, tu yang straight gi Giant tu. Haha, tetiba henpon gegurl vibrate, ngeh3.

“Kat mana ar?”
“Adalaa..=(“
“Ishhh, cepat la, kat mana”
“Ada ni, kat Giant” *sambil senyum*
“Ooo, merajuk la ni?”
“Yelaaa”

Hahhaha. Dia masuk Giant je terus jumpa iolls. Tak sempat nak lari dah. Terus ajak keluar. Kahkahkah. Masa kat luar tu gaduh-gaduh ngada lagi, pura-pura tanya kenapa cari kita. Dia kata, nanti nak balik ngan apa, kalau pandai balik takpe. Pastu dia gelak.  Pftttttt. Iolls apalagi, tarik la muncung.

“Ohh, muncung boleh ikat. Hahahha. Merajuk yeah? Haaa..nahhhh!”

*terkejut*


*bam bam sangat*

Gelak besar aku kat tengah-tengah orang ramai tu. HAHA, dapat rainbow lollipop. Pastu tanya lagi, kalau merajuk lagi dapat apa? Dia kata, merajuk la dulu. Haha, aku dah seram dah. Warning tu. Hehe, sengih-sengih dapat lollipop terus tak merajuk. Lepas tu laju-laju pergi Domino’s! hihi. Sedaaaapppnyaaa! Lepas tu gi try makan kat Murni pulak. Tapi try je la, sebab dah kenyang sangat. 
Nanti kalau pergi lagi, baru nak buat entri. Hehehe.

Oh ya, zaman macam ni je ai merajuk, nanti dah tua takkan nak merajukk. Burukkk, nanti kena hempuk! Lalalala.

Love you, Yayang.

Bye

=)

No comments: