Wednesday, 6 February 2013

Busy Me


Hi!

Masuk hari ni dah 6 hari berpraktikal. Oh, cerita internship lagi? Muak. Okay, hari ni baru saya dapat my own PC. Yayy! Sebelum ni mingle around je cari kerja yang bole buat sebab takkan nak duduk saja  bila orang keliling tengah busy. Heh. So, dapat je PC, boleh terus log in, wahhh..saya sekarang dah ada email Maybank. Kelas nyahh. Okeh, dapat je my own PC, terus orang keliling tanya, “apa email you? I nak forwardkan kerja ni.” Tengah teruja kan, “bring it on!” haha. Lepas tu, tak berhenti email masuk who. Sampai ai is nervous nak bukak nya. Semput mak, dah la baru belajar, so buat kerja tu adalah versi KURA-KURA sikit ye.
Huahuahua. *pitam* Learning by doing. Hoyeahhh! *semangat*

Hari ni macam kelam kabut sikit, aku ni dah la noob, nak pakai printer yang besar gedabak tu pun aku tak pandai. Lantas kena gelak dengan rakan interns yang beberapa hari senior. 
*ala, dia dah belajar, kalau tak dia lagi ngek*

Nak sedapkan hati sendiri. Wehh, tapi satu benda la ai tak suka sikit. Bila telefon berdering! Terkujat gegirl bila phone ringing, tak tahu nak jawab apa. Tengok orang lain kemain lagi dorang punya tone bila on the phone with client. Iolls kan brutal, tak pandai nak softie sangat. Eheww. Overall, hari ni baru rasa busy buat kerja, sampai nak pergi toilet pun tertahan-tahan. 
*nampak tak dedikasi kat situ*
Hari ni rekod la kerja sampai pukul 6.10pm! ni semua angkara Yu Heng!!

Phewww. Esok macam mana ya? Dah la intern yang sama department dah nak keluar tu, nanti pasni siapa la bole layan ke’noob’an aku ni. Hahhahaha.

Eh, Chinese New Year dah dekat ni, mewah office ngan limau, penuh tanglung and other CNY decorations. Perasaan nak sambut CNY? Berdebar-debar pula. Ehh? Iolls tak sambut CNY, so takde perasaan. Kosong, kosong, kosonggg.. Nah, kan dah menyanyi.

Eh, masuk ni dah berapa orang staff cakap iolls mirip Elfira Loy. Euwww, tak sukaa la. Celah mana yang sama tu, hmm. Samakan la dengan Angelina Jolie ke. *muntohh*

Hahaha. (^________^)

bye! 

No comments: