Wednesday, 13 February 2013

Borak Kosong


Hallu!

Drafting this again in the office. While everyone’s going out to meet the clients, i should make full use of this FREE time. Hoh. Nanti dey olls balik, bagi kerja sedabak kat aku terus tak leh balik. Tidakkk. Sedih mak ngah tau kena balik lewat. Sobs. Setakat ni, banyak sangat aku dah belajar. Walaweh, benda-benda tak pernah aku jumpa pun dah selamat aku hadam semuanya hah. Name it. Kahkahkah. Berlagak.
*walaupun stress*

Praktikum ni banyak mengajar i olls to be independent, jangan tunggu makan suap je. Kena banyak tanya, buang sifat malu-malu biawak tu. Ciss. Well, i’m working toward it. Tiap hari before pergi kerja, tak putus i olls doa, jangan la kena marah, jangan la banyak sangat kerja, jangan la tak boleh balik awal. Haha. Tapi yang i olls doa tu ler, jadi sebaliknya. Haha, cabaran betul.

Betul la, aku pun setuju dengan ramai kawan-kawan aku yang cakap seronok lagi attend class, dengar lecture, buat assignments (ehem) sebab semuanya related dengan apa yang kita belajar. Tak tahu boleh laju-laju bukak buku. Pak Cik Google pun banyak membantu.  Masa intern mana ada reference books! Kalau ada pun reference people je, kena tanya. Pak Cik Google pun tak dapat nak tolong nyah, dia tahu yang basics sangat. Haha. Sobs. Bila aku bagitahu boyfie yang belajar lagi best, nak belajar je boleh tak? Laju dia sound aku “nak belajar sampai bila?” terkedu mak, yela kan, belajar then kena la implement. Hadoii. Sekarang ni aci sound direct je, takde dah nak pujuk aku cakap baik punya. “takpela, pelan-pelan kayuh, nanti dapat la sesuaikan diri” Jangan harap dia nak cakap gitu. Sekarang ni mamat tu strict gilaaaa ngan aku ni. Terasa kurang disayang dan ditimang dah. Kahkahkah. Tapi tu la, dia ni la duk tadah telinga dengar rungutan aku sebelum dia masak aku hidup-hidup. Adehhh.

Oh pasal engagement tu, aku tak niat pun nak reveal kat FB or blog, tapi entah, aku prefer blog sebab kan blog aku ni macam record book, apa yang jadi kat aku, aku tulis la. Nanti aku suruh cucu-cucu aku baca. Kehkehkeh. Nasib aku tak conteng daily expenses aku kat blog jugak.kihkihkih. Eh, tapi bagus jugak kan, at least anak cucu aku nanti dapat compare price barang zaman diorang ngan zaman aku.

Pagi-Nasi Lemak 5 bungkus (5x2)= RM10
Tengahari-Nasi Berlauk (Pari,Keli Bakar, Ayam Pandan, Sayur Bayam)=RM18
Malam-tak makan (duit dah habis)

Kahkahkah. Haaa, macam tu. Nanti terkejut beruk anak cucu aku baca nenek dia makan macam bela hantu. Huahuahua. Amboi Hannan, kau ni dah bosan sangat? Takde benda dah nak merapu?

Aah, bosan sambil berdebar tunggu dey olls balik takut dapat kerja berlambak. DIE la macam ni.

Ha, okayla, dorang dah balik tu. Aku nak purak-purak busy ni. Kehkehkeh.

jejari itu..auwww (^__^)

Byebye! :) 

1 comment:

MIRA said...

haha..lawok mu nan!mcm aku je...wt2 bz.serba saloh,klu wt x bz nmpk mcm duk sje plk kekg..tang study tu pn same.mcm nk study je skmo..haha tp smpai ble??x kawen la aku kalu nk study smpai tua T_T