Friday, 18 January 2013

Saya Percuma!


Alhamdulillah, saya percuma! (I’m free!) haha. 
Maklum la bila dah habis exam ni, ehem, dah habis ya, dah HABIS. Ye ke dah habis? Wee, macam tak percaya, habis exam kali ni bermakna sikit sebab ni last exam habaq ang. Last exam untuk zaman degree. Ya Allah, syukur Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar ghupanya kami dah kat penghujung degree. InsyaAllah sem depan praktikal pula.

Lepas ni kalau nak merasa pergi kelas, dengar lecture, buat assignment last minute, presentations, nangis sebab stress belajar, bersengkang mata hadap buku harusla kena amik Master pula. Wohh, yang pasti sekarang ni saya dah bebas! Sekejap, sebab tak lama lagi mula praktikal dan sekarang rama-rama kecik dah terbang dalam perut kita. Sobs. Nervous plak takut kena buli. Haha

Barang dah kemas,tinggal sikit lagi. Lepas ni boleh la layan cite Setia Hujung Nyawa tu lagi. ahahaha.
Perang exam dah tamat, perang lagi satu tak tau bila nak tamat. Ugh.

Hoping for the best results, for my friends too. Amin.
THE BEST THING IN LIFE IS FREE!



p/s: ada kawan kata, why blogging? Entah ada readers ke tak. *sentap*. Kita bukan selebriti pun nak cerita semua benda yang kita buat, kita suka etc. *dush*

pendapat saya, habis tu tak FB tu tak payah diwujudkan la, sama je concept ngan blogging. Social networking. Ahh, whatever la, biarpun saya tak punya readers, I blog for myself. Kang aku tulis diari, diari aku hilang. Haha. Ni kunun-kunun catatan harian *bwekkk* supaya nanti boleh aku buat bahan gelak sendirian. Ehhe!

bye! ;)

No comments: