Wednesday, 2 January 2013

Quick Update #1: Sofea dah darjah 1


Hi!

Umi call cerita:

Ragam Sofea 1st day at school:

Masa perkenalkan diri, suara dia paling lantang, budak-budak lain cakap macam berbisik. Haha
Dia la orang pertama dalam kelas tu minta cikgu bawa ke tandas. Ini yang umi risaukan, siap nak pakaikan dia pampers lagi. Haha.
(Umi tunggu sofea dekat 2 jam sebelum Umi yakin sepenuhnya, haha)

 Ragam Sofea 2nd day at school:

Hari ni Abah hantar, dia pesan kat Abah:

“tak payah hantar sampai kelas, adik tahu doh kelas adik”
“Abah balik la, dok payoh tunggu adik”

*kemain lagi independent ko dikk*
(^___________^)

Dalam kelas:
Cikgu: Kita nak lantik penolong ketua kelas ni, sape ada cadangan?
Sofea: *angkat tangan laju-laju*
Cikgu: Ye, awok nok cadangkan sape Sofea?
Sofea: Saya nak lantik DIRI SENDIRI cikgu..

(^_____________^) dengan rasminye, Sofea jadi penolong kelas. haha. tak dok lagi dalam sejarah adik beradik hok pesen ni.

Sofea ni masa register lagu dah sibuk tanya semua orang

"dekat mana perpustakaan"
"darjah 1 boleh pinjam buku tak?"

sibuk dan semangat, semoga adikku jadi insan yang berilmu dan berjaya dunia dan akhirat.
Insha Allah.


Bubui!

No comments: