Saturday, 19 January 2013

Kisah Budak Gedik


Hari terakhir kat sini dihabiskan dengan keluar ngan kawan-kawan. Yela, lepas ni tak boleh selalu hang out dah, semua praktikal dekat tempat lain-lain. Sobs. Nanti dah lama tak jumpa terus lupa nama. Hehe.

So malam ni, we olls had dinner dekat kedai burger je. Ai makan oblong daging. Dey olls ni kejam sikit, saja bawa aku makan kat tempat macam ni sebab dey olls nak tengok aku belasah burger tu ngan pisau ngan garfu. Derr, aku mana pandai makan dengan pisau. Kahkahkah. Melayu kan, selalu aku bantai sebat sumbat terus ke mulut je. Sonang! Tapi dah semua pakai fork and knife, maka aku terpaksa ikut rentak. Tak seronok betul makan asing-asing roti ngan daging. Yela, aku mana pandai nak potong tebal-tebal. Cucuk mata semua orang yang pandang aku terkial-kial tu. Naif sangatt. Haha. Takpe, nanti lelama ai olls lagi pro. Dalam tak pandai aku tu, nasib baik berjaya makan semua tapi tu la, bersepah sikit. Well, that’s how a kid eats! Saya kan KKR (kanak-kanak riang) lagi. Fuhh!



Lepas tu, tengok Maharaja Lawak kat situ.  Ha ni nak masuk part gedik sikit. Ai memang tak terkawal sikit perangai kalau keluar bukan ngan boyfie ni. Aku suka pandang orang dengan harapan orang pandang aku balik. Motif sangat. Hewhew. Aku ngan sorang member ni duk tengok je sorang mamat tu, sebab lengan dia tough. Sejak dia turun kereta lagi. *mati kena bebel kalau boyfie tahu* 

Yang best tu, mamat ni duk membelakangi aku, menghadap TV. Maka bila start RL tu, harus la ai berpusing nengok TV dan duk belakang dia la. Jarak sangat dekat, lagi pulak hujan, semua duk bersesak sebab tempias. Hehhe! Kawan ai lagi la, siap pindah tempat nak dekat dengan Encik Tough tu. Lama usha, eh macam poyo lak dia tu asyik pandang lengan dia je. Perasan la tu, menyampah pula. Dia bangun bayar makan dia then datang balik kat depan ai lalu menyapa;

ET: Eh, nampak tak?
Me: *terkejut* Nampak-nampak..

Dia tarik kerusi lalu maknanya dia duduk sebelah ai la. So apalagas, ai is nervous la. Hahaha. 
Sambil tengok TV sambil dia tengok je lengan sasa dia tu. 
*ko ni dah kenapa, nak suruh aku picit ke? Ahaha*

Aku buat vodoh je la, kehkehkeh. Lepas tu dia ajak kawan dia balik. Tiba-tiba dia hulurkan remote kat aku.*wehh, kenapa? Ai tak mintak pun* Elok je remote duk ats meja dia, kenapa perlu bagi kat ai, kenapa tak bagi kat orang lain yang ramai lagi? *tanda tanya* Teragak-agak aku nak amik nya. Motif sangat bagi remote kat aku kan! Haha. Lepas tu, kawan ai jealous la, katanya Encik Tough (ET) tu sebenarnya nak bagi kat dia. Kahkahkah. Well…. Siap kata lagi bro tu tulis number phone kat remote kot..ahaha
*bro, len kali hulur la number phone ke, voley kita kawan-kawan* 
Gedik sangattt!

Ai ni bukan jenis gatal sangat, (amboi sempat defend diri sendiri, walauponnn) cuma suka nak tengok reaksi orang yang pelbagai ni. Tapi kalau dengan boyfie, aku la GF yang takkan pandang jantan lain. Kalo ada pun curi-curi je. Pernah tau aku terlebih mesra sampai aku pula yang terlebih takut sebab dah start minta nombor la, euww. Ai tak minat la. Saje je. =)
Member-member semua pun dah tau perangai gedik aku tu, suka nak tengok-tengok kaum Adam ni. Haha. Ni sure ai kena belasah ni lepas boyfie baca ni! “kenapa la gedik sangat??” Takpela, nanti dah jadi bini u, ai tak gedik dah la.. teeheee..

Mueheheehe. Gedik?  Motif sangat cerita perangai buruk sendiri. Haha. 
Bukan selalu pun, nak test je. Kahkahkah. Baru senyum sekali tuu..haha. Ok dahh. *tampar diri sendiri* 
So, malam ni rasa sedih pula nak berpisah ngan kawan-kawan semua. Sobs. Banyak sangat suka duka. Masing-masing buat ayat sedih, bye2 lagi. Sobs. Semoga kita jumpa lagi nanti, hopefully. =(

p/s: awak jangan marah, saya main-main je..Ehehehe *tatut kena marah*

bye! =)

No comments: