Saturday, 5 January 2013

Bela Hamster?


Him: Teka nak pergi mana ni?
Me: eh, mana la tau, pegi mana?
Him: hehhe, nak gi usha sangkar hamster..
Me: tetiba je?
Him: Tadi ikut kawan gi pet shop, tetiba nampak sangkar hamster ni, cantik pulok..
Nak beli la, tapi nak usha banyak tempat dulu.
Me: Hamster dah beli la?
Him: belum, nanti dapat rumah dia baru nak beli..
Me: Baik jangan, nanti awak tak pandai jaga.. Dia dah la sensitip, bla..bla..blaa.. Kalau mati, awak dosa tau..
Him: eh, tak menyokong langsung! Saya ni pet lover la, tau la tu.
Me: Arr? Since when? Hahaha.. Motif beli hamster?
Him: Saje, nanti kalau gaduh ngan awak boleh la borak ngan hamster, tak ada la sunyi sangat.. hehe
Me: Bagus la, senang sikit nak gaduh. Hihi

Macam tak yakin pula dia ni nak jaga hamster. I’m against it. Totally. Haha. Hakikatnya, rumah hamster dah pun dia beli, habuk kayu, spray, siap vitamin lagi. Amboi, beriya! Harapnya hamster tu hidup lama la ya dengan awak. Keh3

Sebab kurang yakin awak mampu nak jaga 3 ekor hamster tu, gigih la saya cari maklumat sikit untuk dia ni. Sila buktikan pada saya awak la penjaga hamster terbaik abad ni. Cewah. Nah, baca ni!
*gigih tau saya cari*

HAMSTER YANG BARU DIBELA
Belajar cara nak pegang dia dengan betul iaitu jadikan sebelah tangan sebagai tempat dia pijak, sebelah lagi kena usap-usap belakang dia.

: usap ya, jangan hempuk hamster tu. Si dia ni bukan voley harap sangat, ganas orangnya. Opps.

TEMPAT TINGGAL
Tempat tidur ( bedding ) dibuat dari habuk kayu dan berfungi untuk simpan makanan + minuman hamster.
Sediakan bahan permainan dia seperti roda pusing, sudu plastik dan sebagainya.

: kan dah beli banyak habuk kayu ni, nanti ni ada je possibilities dia tak tukar tempat tidur hamster tu then mereka pun sakit. Ingat! Barang mainan tu jangan awak pula yang main, yela, kata kawan ngan hamster :p

MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan paling umum adalah bijian kering proses.
Selain tu, hamster boleh ja telan kuaci dan kekacang.
Kadang-kadang, korang boleh bagi makanan diet yang lain jugak, macam epal, lobak, pisang. Tapi kena under observation la. Tengok sama ada dia minat or tidak.
Kurangkan bagi makanan basah sebab dia boleh ganggu penghadaman hamster.
Pastikan botol dia sentiasa ada air.
Kalau korang nampak hamster korang makan tahi dia sendiri, tu adalah normal. Arnab pun makan tahi dia sendiri tahu :) Tahi yang keluar buat kali pertama tu mengandungi zat-zat vitamin lagi yang hamster perlukan. So, thats why la dia makan tahi dia balik.

: tadi si dia ada cakap, “hamster ni makan kuaci, nanti saya beli kuaci boleh la makan sama-sama ngan dia”. sangat la kan, 2 biji dia bagi kat hamster, yang lain dia telan dengan suka hati. Risau la. haha


KEBERSIHAN
Kalau hamster korang busuk, jangan mandikan dia dengan air. Nanti dia MATI. Sebab hamster sangat sensetif dengan air.
Mandikan dia dengan pasir ( bathing sand )
Tukar la bedding hamster sekerap yang mungkin. Sebab hamster sangat mudah jatuh sakit and sangat sukar untuk sembuh.

: Dia boleh kata nak syampukan hamster dia dengan syampu kepunyaan sendiri. Oh tolong la jangannn..

MELAHIRKAN ANAK
Antara tanda hamster nak beranak adalah perut dia yang makin besar and tahap keaktifan dia yang semakin meningkat. Ala-ala hyperactive cetu.
Dia juga akan nampak macam pegawai bank tengah berkawad depan pintu bank. Mundar mandir je sampai pitam.
Kalau si betina tengah mengandung, asingkan si jantan dari si betina.
Jangan sentuh anak hamster yang baru lahir. Bau manusia pada badan si anak ni akan menyebabkan si emak makan si anak.

: saya sangat tak sure dia ni bela hamster mampu sampai beranak pinak ke tak. Ahahaha. Sebab, entah. Tak yakin dia boleh jaga dengan baik. Dah la busy je manjangg. Haish.

EMOSI
Kalau dia nakal, tiup muka dia.
Usap telinga dia untuk hilangkan stress dia sebab hamster sangat suka bila telinga dia diusap.
Pastikan sangkar hamster tu cukup luas untuk dia bergerak.

: Haha, habis la lepas ni perhatian dia teralih pada hamster saja le. Sobs.


TRAVEL
Hamster tak tahan dengan cuaca panas, hujan dan angin kencang. So untuk travel, better korang travel malam or awal pagi.
Masukkan dia ke dalam travel cage.

: awal-awal dah tanya, camne nanti kalau nak balik kampung? Idea saya, letak dalam bonet. Tapi nampak gaya macam tak boleh je.. haha

Further info, lawat SINI.


Phew. Dear you, jaga 3 ekor ‘anak’ awak tu leklok okay. Risau ni. Saya pun tak tahu sejak bila dia suka ngan binatang ni. Tapi dia boleh  mengaku dia Pet Lover? Kah kah kah. Ey, saya tak pernah la nampak dia usap kucing ke, harimau ke. Katak pernah la. 
*ok tipu*

Selamat la jaga hamster, at least tumpuan dia tak la pada saya sorangg. Boleh la curang sikit. Ngeh3.
*tapi aku dah tak puas hati dia ada teman baru, jaga nanti aku culik hamster tu* 
Hehe

So, nanti kita introduce his pets ya? We olls tengah bincang nama dey olls lagi ni. Kuang kuang kuang.

Take care, bubuii.. ; )

No comments: