Sunday, 23 December 2012

Weee..lega sudaaa!

Woh. Lega dah. Jumaat lepas hari terakhir kelas untuk semester ni merangkap hari terakhir kelas as degree student! *macam tak percaya* Tu pun tak perasan, hari Khamis malam tu dia kata 'eh, esok hari akhir class awk dah, pasni dah takde. Next sem praktikal, kalau nak merasa pergi kelas lagi kena la sambung master'.
Perrgghh. Yela, tak perasan. 3 tahun dah rupanya berlalu, rasa baru semalam Abah Umi hantar daftar kat sini. hukhuk. cewahhh, konon cepat sangatt masa berlalu, padahal rasa dah lama gilaaaa sampai kata 'cepat la masa berlalu, nak mula hidup baru ni' ahahhaha..

So, habis je kelas Jumaat tu, tak tahu apa perasaan. terdetik gak lepas ni mesti rindu nak pergi kelas. Sobs. Ada gak rasa macam bestnyaaaaa tak payah gi kelas, dengar lecture, buat assignments. MUEHEHEHE. Keji kan? (-__________-)
Lepas tu, berdesup pergi Subaidah. Alas perut sikit sebab kita nak pergi jalannnn..
Yayyyy! Bila cakap nak pergi Jusco Tesco bagai ni, ada pula few classmates yang minat nak join juga..
baguss la, the more the merrier. Kan?

first time di Old Town White Coffee
*sementara tunggu tawantawan*

Pusing-pusing, beli barang sikit, makan sikit then pergi beli tiket wayang for 8 person! huehehehe
Melayan Jack Reacher yang damn cool ohhh..
Walaupun awal macam bengap sikit nak paham, tambah sejuk gilos mengcengkam.
Habis je cite, terus susun langkah patblas ribu pergi toiletttt..hihi



Lepas tu merayau kejap dalam Juso, ai ajak kengkawan masuk Watson's sementara tunggu jejakas menikmati asap kegemaran mereka.
Masuk je usha barang mekap, cari tester then sapu pada muka. 
Eh??

me: woii, promoter tengok la, jangan la pakai.
kawan: pakai je la, cepat sapu bedak ni.. Blusher mana blusher? 
Lipstik yang mana cantikk?
me: err, takpe ke? Malu laa..
kawan: eh apa ar ko ni.. baik sangat, pakai je..
me: boleh eh?? *sambil tangan mula pilih tester bedak* HAHA
kawan: ko tak pernah buat kerja ni eh? make up free kot.. pakai je semua..
me: hahhahaa, yela.. *sibuk makeup dah*
kawan: wey, asal blusher aku tak cantik ni?
me: sini la aku sapukan.. *BERIYA*


nak keluar je:
'wei jum keluar lelaju, tadi masuk muka pucat, keluar je muka macam retisss' 
HIHI.

seriously, kalau ai pergi tempat camtu, tak pernah wey sampai makeup siap. 
setakat test pada tangan je pun.. ni tak, seluruh muka kami test!
this fren ajar me buat something i never did before! kelakar.

LOL.
Jumpa jejakas semua peliks nengok muka kami macam terblink blink sana sini.
tiba-tiba pipi merah bak sang gadis menahan malu. 
perggh, ayat tak le blah. 
Ngeh3

Dengan rasa lebih anggun lepas mekap, berdesup pergi makan.
senyum baik punya sampai mat siam waiter tu dah minta nak berkenalan ngan aku.
siap tanya: 'duk mano? nok nombor tepon kot bulih jadi kawe'
Aiyakkk, mati la gue..
siap hantar order makanan aku dia letak betul depan ai. orang lain dia letak merata.
dah tak senang duduk la bila lalu je nak senyum, nak pandang.
ni la faedahnya murah sangat senyuman..aiyoo!
Terus grab sorang classmate lelaki berlagak jadi boyfie.
terpaksa la, sebab saya dah tak senang duduk diperhatikann..
Kira lakonan tu mantap gak ar, sebab mat siam tu dah tak tegur dan senyum bila nampak aku.
HAHAHAHA. Misi berjaya.
Lepas tu semua pakat gelakkan aku. Tau cuak. Foineee!

moral: jangan over senyum, lagi lagi kalo makeup tantek. *motip??*

Then, balikkk..

eh belum la..
vroommm ke Jonker Walk puloks. Jalan cuci poket.
Cukup 4 kali ulang alik, bosan dan duduk bersembang sampai la balik.
Dari pagi sampai kul 12malam eh saya berbaju kurung!
nasib la ai is wangiii..hhehehe

grab kat Jonker, nak tenyeh muka si dia nanti


bila balik, apalagi mandi dan TIDURRR!

sebab hari ni ada taklimat internship pulokkks! hewhewhew.
bosennnn



Dah lerr, panjang pulok nulis nye kali ni..
Alhamdulillah, berakhir nya sem ni dengan jayanya..
Will struggle for final exam.
InsyaAllah.

Bubuuii =)

#baru balik keluar ngan Along. Terkilan dengan Pak Guard AYAM.

No comments: