Saturday, 8 December 2012

MIBC and Domino's


Rabu lepas, me and few friends pergi buat assignments. 
Nak interview sebuah company pasal mereka punya customer service and quality. Bukan senang nak dapatkan kerjasama dari mereka, semua info P&C. Pheww. Kami nak tau sikit je, basic je sebab nanti kami goreng la lam report. Ciss, takde makna dia nak paham lelagi ujung tahun macam ni semua busy je manjang. Sobs.

Takpe la takpe, merantau la team kitorang sekitar Melaka ni. Tetiba nampak Melaka International Bowling Centre, MIBC. On the spot buat keputusan nak interview situ. Alhamdulillah, respons mereka sangat bagus. Even tak buat appointment awal, operation manager MIBC sanggup spend his time for the short interview pasal MIBC. Fuhh, lega. Lepas habis sesi interview, dia tawarkan kami main bowling for free. Woahh, very kind! Dengan senang hati la kanak-kanak Ribena ni semua terima tawaran tu. Baik sangat Encik Sukhairizal tu, dia entertain kami sendiri. Bawak pergi amik kasut dan sebagainya.

Tapi kan, ada sorang budak tu berkeras tak nak join. Dia jakun, tak pandai dan tak suka main boling. Kehh3, tapi budak tu comel. Eh?? Hehe, aku la tu..

“cik, saya tak nak kasut, saya tak nak main”
“eh, saya kalau pelawa orang tak nak ni saya terkilan la sikit. Kasut saiz berapa?”
“7” (terpaksa, adoi encik ni buat touching pulak)

kena paksa. FINE

Pakai la kasut tu sebab encik operation manager tu ada lagi. Haha. amik ati bhaii.. bila cik tu dah blah, (panjang leher aku intai), aku tanggalkan kasut tu..keh3. kawan-kawan lain beriya masukkan nama aku, sudahnya diorang mainkan untuk aku. Haha. mak tak minat lorr. Sekali je aku tepis bola tu, strike kot. 
*ok, tipu. LONGKANG*

Habis bowling session, masing-masing lapar. So nak makan lerr. Ingat nak makan nasi campur je tapi ada yang request nak Domino’s since aku ada tayang kupon sejak dalam kereta lagi. Berdesup pergi Domino’s. Based on kupon tu, kitorang dapat 2 regular pizzas, 2 large pizzas (pizza apa pun semua dah lupa, tapi semua sedapp) and 2 bottles of soft drinks. Masing-masing makan tak ingat dunia. 
Yela, semua lapar dari pagi tak makan.





yummehhh

fight for the biggest part

kotak kosong

kenyannnnggg

Makan-makan, sembang, gelakk, pastu kami balik lerr, badan minta tidur lepas perut dah penuh. Rekod la bagi aku makan 4 slices of pizza sekali harung. Perrgghh.. tak pernah jadi se’lahap’ camtu. Hiks. Kupon tu pemberian buah hati sebenarnya, dapatla kami jimat dalam RM50 plus. *thanks dear* 


(^___________^)

#hari ni finishing school. Ohhh, ngantuknyaa.. (==”)

Bubui J


No comments: