Monday, 10 December 2012

Internship oh internship


Hewhewhew, sem ni dah nak habis pun, beberapa ketika je lagi. Masalah aku je yang tak pernah habis. Hahahah *ciss* satu masalah yang BESAR kot sekarang ni sebab belum dapat tempat nak praktikal lagi! *GEDEBUSHHH, terjun kolam bunuh diri*

Achaner ni? Banyak tempat dah apply, tapi feedback tak banyak. Eh, TIADA. Sobs. Why baby why?? Sampai bila harus tunggu ni, sedih la nak exam lagi nak fikir ni lagi. Penuh la kepala mak ngah niii.. 
*sambil hantuk kepala ke dinding*

Eh, kenapa ya agaknya saya belum dapat feedback? Hmm, keep wondering..

RESUME
 seingat saya, resume yang saya hantor tu semua saya punya, takde pulak anto resume mak cik ke, nenek ke.. apa masalah lak kat situ? Adakah gambar tak cukup mengguda employers? Ngeh2, setakat gambo passport tak fayah la berangan nak menggoda sangat. Cantik sikit je dari ikan puyu. *GULP*

DEMAND
 wehh, saya mana ada demand minta company besar sangat, kalau boleh ngan nak praktikal kat kedai runcit je.. Boleh gituuu? Tapi, lecturer la demand, tak nak company tak well established. So, I olls ingat nak la minta praktikal kat Wal Mart ke, Harrods ke.. keh3. Tapi tak la hover gittuu, minta company dalam Malaysia je la, eg: MPRC, Mines Cruise, mane lagi tahh..

CABLE
 perlu ke ada wayar ni bagai nak masuk company? Aiyooo..tak boleh lompat je eh? Sebelum bapa buah hati ada la nak tolong masuk Maybank and Telekom, tapi I olls berkeras tak nak. BERLAGAK. Padan muka aku. Sobs

COURSE
 adakah saya minta tempat tak bertepatan ngan course? Haissh, bukannya saya amik Marketing tapi minta nak praktikal bidang doctor pun.. saya mohon semua berkaitan sales, business, marketing dan geng2 dia sajooo..apa masalah eh? Saya ambil MARKETING ye, sebab nak marketkan diri sendiri..kuang3
Penat la fikir, apa lagi possible reasons ni? Results kah? University kah? Status kah? Ayoyoyo, amma appa..help me!


Pilihlah aku jadi pacarmu, pekerjamu..muahahhaha. MESTI settle kan issue ni before study week, tak nak ler kacau my study week, because that week la sebenarnya aku baru start nak belajar. Eh, APAKAHH? Yepp, satu sem saya mainnn je.. TERUK eh?

DAH TAHU DAH! =)

Fighting! Semoga Allah permudahkan urusan saya.
 Amin J
Bubuiii!

No comments: