Thursday, 6 December 2012

I will never talk about that again



#entry luahan hati, please IGNORE#

Saya bukan suka pun dengan apa yang baru je terjadi. Saya ambil masa kot nak bagitau awak. Macam mana saya nak start, macam mana saya nak handle perasaan awak, dengan perasaan saya sendiri lagi. Ni bukan apa yang saya harapkan lepas sekejap je saya rasa manis tu. Saya tak sangka. Ni dugaan ke apa?

Lama saya berfikir, salahkan diri sendiri. Kenapa semua yang saya lalui sukar je? Banyak halangan, rintangan sebelum saya dapat apa saya nak tu. I keep blaming myself. Banyak sangat ke salah saya? Dosa saya? Atau, memang saya dilahirkan untuk rasa setiap derita sebelum saya temui apa hajat saya ke? Astaghfirullah.. ingat tak awak pun pernah nasihatkan saya bila saya cakap macam tu, yela sebelum ni tak libatkan awak. Tapi sekarang ia libatkan awak.. saya rasa lagi macam tu..hmm.. tapi tu la, things seem harder for me. Tiap kali saya rasa macam ni, saya cakap ngan diri sendiri, “sabar, Allah nak aku berusaha, supaya aku puas hati dengan apa aku dapat”, everything happen for reasons. Yela, siapa lagi nak cakap perkataan-perkataan semangat ni untuk saya.

Susah saya nak explain kat awak dalam masa perasaan saya sendiri pun tak terkawal. How I wish awak dapat bagi kekuatan kat saya. Kita sama-sama bagi semangat. Tak boleh kot.

“Sometimes you weren't supposed to share pain. Sometimes it was best just to deal with it alone.”

Takpela, I’ll deal with it alone. Susah memang susah la, sebab fikiran saya terbawa-bawa ngan apa saya rasa. Awak pun tahu kan. Bukan saya yang nak semua ni, jom la kita faham.. kita merancang je, Allah yang tentukan. Sabarla, saya rasa nanti kita akan dapat lagi bagus. Ada hikamahnya ni.

Saya lagi la, dah lalui banyak situasi macam ni, saya redha dalam tak redha juga. Last-last ada juga hasilnya. Cepat ngan lambat je. Masa tengah kritikal macam ni, nak sangat awak tau how much pain I went through, how much pain I get.  Bukan awak je. Sebelum ni, saya ada awak untuk bagi semangat pada saya, but for this time, please don’t condemned me.

How I wish you could say:

“sabar la okay, kita berserah je. Tengok macam mana nanti,kuat semangat sama-sama” Sobs =’(

Ya, saya faham kesungguhan awak, saya tak nafikan. Bukan saya saja nak potong atau rosakkan rancangan tu. Tapi satu benda la awak kena ambil kira, keadaan. Lembut je saya mula nak cakap pada awak, letting you know this. But things end up saya rasa saya bersalah. Hmmmm. Kenapa la? Saya memang fail kan nak bagitau awak sesuatu tanpa buat awak terkilan? Haish, my weakness again. Banyak nya kelemahan saya.

Saya tak suka perancangan. Sebab selalu rancangan tak jadi, terkena badi ke apa? Bila ada rancangan, saya ada harapan, bila rancangan hancur, harapan saya lebur. Sebab tu kadang-kadang I don’t take the plan seriously. Bila jadi, baru saya surprise!

Sekarang, saya betul hilang semangat. Dah awak pun tak bagi semangat pada saya, malah nak letak kesalahan full pada saya, saya LEMAH.  How I wish you could understand me. =’( hmmm, tak apa la, saya bina semangat sendiri.


Saya dah lose hope, saya tak nak cakap pasal benda ni lagi. PLEASE. Saya dah cukup rasa DOWN, and I know you felt even worst. I am sorry, but this is not what I wish for. Tolong, faham saya.. saya tak akan cakap benda ni lagi selagi saya tak layak untuk bercakap. Saya hanya akan ikut flow sebab saya dah menyerah..=’(
even if i smile,
the tears keep falling down


never let me alone


consider rite now as rain,
maybe there will be a rainbow? hm


 # tak mampu buat awak tersenyum lagi..sorry ='(

No comments: