Thursday, 29 November 2012

Saya dan Tahi Lalat


Eh, saya bukan tukang tilik ya..tercetusnya entry ni bila duk asyik mengadap cermin lama-lama sambil tilik muka.. *takde kerja sangat duk ngadap cermin lelama*. Baru perasan yang kat muka ai ni banyak ghupenya tahi lalat. Satu level je lagi nak sama ngan sharipah eni..haha! Yes, lalat ingat muka aku ni tandas dorang ke? Haissh.

Due kepada kerja membuang masa ngadap cermin tilik tahi lalat tu, opkos la timbul sejuta pertanyaan dalam kepala tentang maksud tahi-tahi itu. Oppss, tahi lalat. Sambung pula buang masa jumpa Tukang Tilik Google (TTG) bagi mendapatkan jawapan. TTG ni pula tak yakin ngan satu jawapan, berjuta jawapn berbeza dia bagi. Cisss. Lalu saya amik keputusan gabungkan semua jawapan bagi membentuk satu hipotesis. EH??
So, dapat tau tafsiran untuk tahi lalat face area saja ye (tujuan untuk suka-suka je, tak caya pun), sebab kalau nak cakap seluruh badan, muntah la kena baca entry panjangg.. BUWEKKKK (muntah siap-siap).

kat pipi masih kecik. ye, MASIH.

Nampak tak tahi lalat tu? Jom tengok apa jawapn TTG?


ANTARA KENING
·         Kebijaksanaan.
·         Orang yang selalu tak berfikir bila ambil tindakan. Susah nak hidup bersama orang sebegini.
·         Keras hati dan berani segala hal

Yang kat tengah dahi ni sebenarnya baru je.. ntah berapa tahun umo dia. tapi masa sekolah menengah belum ada la.. hihi. Kebijaksanaan? Hmm, ai takde la bijak mana. Kalau bijak, dah sampai seberang laut dah. Yang kedua tu rasanya sorang tu akan setuju. Yela, saya kan suka fikir meraban lantas tindakan ai pun jadi bangang la..hahahaha. *mengaku siap-siap* so, you kalau rasa payah nak hidup dengan ai..you…hidup jugak! Tak kira!! Keras hati?? Haah, saya admit la saya memang keras hati. Untuk certain perkara je la. Bak kata seorang tu, saya keras hati ngan dia je. Ngan orang lain, hati macam ais. Eh??


BIBIR ATAS KANAN
·         Banyak rezeki, pandai .
·         Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain.

Yang ni dah lama wujud. Pergi mana-mana pun orang tegur.. “alahai tahi lalat dia, manis je..” ciss, dah muak dah. Cukup. Hehe. Dulu cikgu-cikgu pun suka tegur. Pak cik saya dulu pun ada cakap ni tahi lalat murah rezeki, senag jadi cikgu. Eh? (rezeki Allah bagi, setakat ni saya bersyukur apa ada). Suka kumpul harta dari keringat orang lain?? Hhmm,siapa ya bakal jadi magsa. Muehehehe, sebab jenis saya ni segan nak meminta. Mungkin suami saya satu hari nanti? Tiap-tiap hari mintak gelang emas.. “abang, hari ni kita beli gelang besar tu eh, tapi pakai duit abang la..” hahahhaha Kakak saya pernah ajar jadi pengikis (jahhaaaaaaaaaat)  tapi, I’m against it. Hahahaha. Pasal cari kenalan tu pun tak pasti la, sebab kan most orang yang tak kenal aku boleh kata aku sombong. Haishh? Tak paham la, padahal ai is pemalu. Padahal tahi lalat atas bibir ni la buat aku ckap banyakk, kuat mengadu dan sebagainya..hoho

PIPI KIRI (kecik aje)
·              Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan.

to be frank, ai memang pendendam. Apa-apa yang aku tak puas hati, aku simpannnnn. Lama nanti keluarkan dan bagi orang rasa lebih teruk dari apa saya rasa. Memang kejammmm gila. Walaupun dengan dia,realitinya saya mengalah tapi dalam hati dendam membara. Sekali dia kena, terus terdiam. Letak phone. (macam semalam). Cemburu pun ya, belum tau kebenaran, saya dah mogok. Hari tu bukan FB dia tengok dia add kawan saya. Eh, since when dia ni gatal main fb? Siap add orang (kwn ai lak tu). Terus mengamuk. Padahal sebenarnya hp dia synchronize everything bila connected ngan internet. Ntah, saya pun tak paham. tapi, kan ke cemburu tanda sayang? muahaha. HAHA. was-was ngan kawan camne eh?? Oh, agaknya bila kawan saya gembira buat-buat, saya tau dia tengah sedih. Camtu? Only bestfriend know the pain behind the fake smile. I used to do that, tak lama dulu..sobs.:’(

aku pun tak tau dah kanan kiri hihi

PIPI KANAN (kecik dan tak ketara)
·         Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku.

Tabiat suka tolong ni entah la..dulu masa kecik-kecik rasa hati saya bersih je. (perasan) pernah saya tolong junior saya dulu yang sakit jantung berlubang, saya tolong bawa beg dia pergi kelas kat tingkat 3. Yela, kesian tgk dia, bibir biru je. I wonder how is she sekarang..hmm Lagi, saya selalu ajak junior saya jugak pergi sekolah naik basikal tumpang saya. Yela, dah aku tengok dia jalan kaki je selalu. Gigih la aku kayuh basikal ada passenger. Haha (both kenangan sekolah rendah). Tadi tahi lalat satu tu kata hati aku keras, sekarang lembut hati dan mulia tingkah laku pulak. Huh, malas la nak kupas. Saya bukan baik punnn..


BELAKANG LEHER KANAN
·         Berpengaruh tinggi, berjaya di dalam perniagaan.

Dulu kan pernah dengar orang cakap, sape ada tahi lalat kat tengkuk, dia mati kena bunuh. Serammm mehh. Hihi. Tapi tu kat tengah, ai punya belakang leher kanan. Keh3. Berpengaruh?? Tak pun.. Berjaya dalam perniagaan? Entah, but I hope to get involve in business in my future. InsyaAllah.. Tapi hari tu pernah meniaga tudung, cukup habis stok pertama, kitorang dah stop. Hahahahahaha

Dah la, penat cakap pasal tahi sang lalat ni. Benda ni tak baik percaya tau, buat rujukan suka2 dapat ler. Kalau betul, kebetulan la tu. Kalau tak, tak la. Allah lagi tahu. Ye dok?

me vs my senyum senget



Babai J

p/s: awal2 pukul 3.15 ai keluar gi makan and diret g kelas. Sampai je dapat msg kata kelas cancel. APAKAH?? Patutla rasa super duper malas hari ni..haishhh! (T_T)

No comments: