Monday, 5 November 2012

Ragam Dalam Bas


Balik cuti mid term hari tu, saya naik bas dari Putrajaya Sentral. So bas ni akan singgah pula ke Hentian Putra untuk ambil penumpang lain. Gerak dari Putrajaya dalam pukul 9pm plus kot, sampai kat Hentian Putra pukul 10. I guess la sebab time tu dah start mengantuk. Duk dalam terminal tu lama juga la, saya agak bas bergerak dari Hentian Putra pukul 10.30 kot.

Sementara tunggu penumpang boarding tuh (chewah, boarding kau) naik la beberapa orang. Yang first sekali naik adalah seorang pak cik, average umur 55 above kot. Saya perhatikan je, (since saya duk seat paling belakang) dia naik sambil edarkan 2 buku untuk setiap penumpang. Saya tengok semua orang beriya ucapkan terima kasih. So sampaila tempat saya paling belakang, pak cik ni terus ke depan, so I thought that books was really for free but he starts collecting money as payment for them. Ada yang kelihatan serba salah, ada yang pilih satu dan ada yang pulangkan balik buku tu. (me included). Both two books are buku agama, one of them is Fadhilat Ayat Seribu Dinar and one more is Koleksi Doa.. (kot) done the business, pak cik tu turun dari bas.

Baru je mata nak terlelap dengar pulak suara mendayu-dayu melayu ala-ala Indonesia. (I guess he is a foreigner). “kacang rebus panas-panas, burger..air mineral..” “bang, akak, kacang rebus..air mineral..” sambil bawak bakul tunjukkan semua benda yang dia sebut tu. Saya tengok dia turun tanpa ada yang membeli pun. Semua orang dah makan agaknya.

Then tak lama lepas tu datang seorang lelaki berjubah, bawa sebuah buku. Dia bagi salam kat each penumpang dan tunjukkan buku yang dia bawa tu. Disebabkan dia tak pergi sampai belakang, tapi saya dapat agak dia minta derma. Untuk organisasi mana saya tak pasti. Ada yang melayan, ada juga penumpang yang tak layan. (ini fenomena biasa, selalu kat kedai makan pun camni..kan?)

Last sekali, naik seorang budak lelaki, average age of 10 kot, bagi salam.. then “seringgit kak” (minta duit seringgit) lepas je penumpang bagi seringgit, dia hulurkan surah Yaasin kecil yang siap laminate tu dan minta lima ringgit lagi. Hmm..wahh semua orang berniaga sekarang. Sampai bas drop kejap pun mereka ambil kesempatan berniaga. Bas berhenti dalam 20minit pun dah naik 4 peniaga. Achaner kalau bas berhenti 1 jam?? Fuhhh.. macam tak kena tempat je.

Bila bas dah jalan baru la budak lelaki tadi turun. Kesimpulannya? Ntah la, saya sendiri tak dapat fikirkan zaman sekarang ni. That’s my first experience. Before ni, dah banyak kali naik bas tak ada pula macam tu.. Tapi sebelum ni Si Dia pernah juga cerita pengalaman dia yang sama dengan pak cik pertama tadi. Ingatkan bagi free, tapi dah patah balik collect duit. hewhewhew.

Nothing in life is free. Renung-renungkan.. (^_________^)

Bye =p


No comments: