Monday, 26 November 2012

My Weekend


Semalam, saya dan family Along telah pergi ke Muadzam Shah dalam misi menghantar Sofea pulang. Nape hantar Muadzam? Sebab ada sepupu tunang kat sana dan umi pun ada kat sana. Jadi, umi suruh Along pergi dan heret saya sekali.
 *mum’s request*

Pukul seploh pagi Along dah call, masa tu baru terjaga. Cepat2 bangun g mandi, ngam pukul sebelas Along sampai dan ktorang pun vrooooommmm ke Muadzam lerr..Dalam kete tu, duk melayan la kerenah 3 orang budak hingusan. *mmg berhingus pun, diorang demam*

Sofea Rara

Rara si diva,tengok tangan dia

rindu lettew kat kite
Rapek merepek
little pilot
auuu..caakkk (org len da tido time ni)

 Sebab pakai shawl lilit-lilit ni, 3 kali lipat jugak la aku tukar style. Hahah. Mak tak selesa, kejap rasa tercekik, kejap rasa macam Yuna. Haishhh. Sampai si Raina tak berkelip pandang aunty gojes dia lilit-lilit tu. Haha. sudahnya, dapat satu style ni, loose style punya. Tiba-tiba Sofea bangun dari tido lalu pandang ai, dengan tak puas hati dia cakap: “elehhh, tiru pakai cam Najwa Latip lettew”. Saya pandang je dia, nak sentap, dia adik haku.kahkahkah, pastu tanya dia : “nape dikk, tak cantikk ke?” dia jawab: “hmm,cantik la!” (sambil jeling). Oh my, dia dengki. Muehehehe. Sofea tu memang orang tak boleh lebih dari dia. hari tu pernah video call ngan umi, pastu cakap ngan dia. Tiba-tiba dia bagi phone kat umi dan saya nampak dia berbisik ngan umi. Rupanya dia tanya : “umi, bakpe muka angah putih sangat?”. See? Dia tak boleh. Padahal cahaya iman lampu kot. Hihi


macam ni cantik?? kahkah
korang tido, auty main perasan2
ecececee


Sampai je rumah cousin tu (dekat pukul 2), semua turun kereta dan salam-salam. Tiba-tiba rasa ada something kurang. “Rafique mana??” Tertinggal plak si kenit tu dalam kete. Kakak aku ni, anak baru 2, dah boleh lupa. Masa makan tanya Rafique, “sape kunci abang lam kete?” Rafique: “PAPA”. Heh. Sian dia dah melalak. Sofea straight away masuk bilik cari umi tengah tido. Terus dia peluk umi. Rindu sangat la tu. Sampai tu majlis dah selesai, cousin pun dah tukar baju. Melihat pada warna tema pink+biru dia, terus ai cancel warna tema tu tuk majlis ai 4 tahun lagi. Kehkehkeh. Mencik la!

along diva taknak pandang

Rara tido ternganga

gigi atas baru tumbuh!
BESAR

Makan,melantak,sembang,bergosip lepas tu dah nak balik. Umi yang comel telah bungkus banyakk makanan untuk 2 anak yang lagi comel ni bawak balik. Bihun, kuih, pulut kuning, lauk, baulu dan banyakk lagi. Ai punya hari ni pulut dah basi. Tapi tak sedih sangat sebab pulut tu bukan umi yang masak. Bihun umi buat saya dah jamu rakyat jelata semalam.

Balik tu tak terus balik kolej pun, sempat Abg Long singgah kedai makan tengok bola. Ciss, apa lagi, saya ngan Along duk la bercerita tung tang tung tang dalam kete. Lepas tu balik kolej, rasa pening sangat. Tak cukup tido. Mandi, makan dan terus tido. PENAT.

Pagi tadi bangun mamai-mamai bukak paip nak mandi, tapiii airnya nggakk ada! skodeng orang lain semua duk angkut air kat surau. Dengan sebiji baldi, saya angkat air. Sebaldi air je mandi hari ni? Rekod weh, rekod.  Yang tak tahannya, last cebok elok je aku simpan nak buat bilas terakhir, tiba-tiba GEDEBUKK!! Jatuh. Huh, malang nya. Paksa gak angkat baldi yang ada air dalam 2 titik tu, jirus atas badan. Sabar saje laa.. Mujur sekarang dah ada air balik. (^____________^)

Oh, sebelum terlupa. Conversation with him.

Him: Dah sampai Muzaffar Shah?
Me: hahahahahahahahahahahahahahahahaha
Him: eh, gelak pulakk..dah sampai ke?
Me: Muzaffar Shah? Bhahahaha
Him: dah tu mane?
Me: Muadzam Shah. Kahkahkahkah
Him: Serius la, mane? (ingat saya tipu)
Me: Muadzam la, Muzaffar Shah is Sultan’s name.
Him: ooo….hahhahahhahahah =)

Merayu-rayu mintak jangan tulis kat blog. Kahkahakah. Harapan le der, harapan. Ubat gelak ai kot ni..hihihi *sorry*



                                                                             (^________________________^)

Bye =)

p/s: untung sem ni Along duk dekat, terubat sikit rindu kat keluarga walaupun Along je.. tak la rasa hidup sebatang kara kat tempat orang. hihi


2 comments:

Lutfi Azmi said...

part paling kelakar . muzaffar shah . hahahahahahaha

miss H said...

Lutfi, dia memang aci redah je.. muzaffar shah pon bolehh..haha