Tuesday, 6 November 2012

Bukan anak ustaz


Eh, kenapa tajuk macam tu? Kisahnya macam ni.. lecturer saya sem ni yang sorang tu memang gemar menyakat student beliau. Semua orang la dia usik, tak terkecuali la saya yang comel ini. *motif?? Mintak lempang bagi sedar diri skit*. Sebab dia suka mengusik, apa saja yang dia letakkan pada kami (student) kami iyakan saja. Sebab kalau lawan pun statement dia takdenye dia nak bagi kitorang menang. Keh3

Yang saya ni pulak dari awal lagi kena aim ngan dia sebab nama. Ya, sebab nama saya Nur Hannan tu la dia kenal saya. Katanya nama saya ni islamik sket, lalu dia tanya saya “eh, bapak kau ustaz eh? Pasal nama kau islamik” (time ni first class ngan dia). Tak sempat pun nak jawab dia dah kacau orang lain. So achaner??
Hari tu masa masuk kelas dia dah ada tunggu student (mmg tabiat dia datang awal 30 minit pun), time tu dia tengah sembang ngan classmate saya tanya pasal family background. So, as soon as saya duduk, dia terus attack saya “Ya Hannan, Ya Mannan..Ya Zaljalaliwal Ikram.. (memang tiap kali dia mention my name camni la..panjang dan lama kena tunggu) bapak kau ustaz kan??” then saya yang terpinga-pinga ni pun angguk je la. Malas nak layan..hahaha. even kawan saya lagi sorang pun ngaku anak tauke emas since tak nak bidas statement dia. hihi.. so, saya layankan aje la..
Sebelum cuti hari tu, dia ada pesan kat saya nak sotong kering dari Terengganu. (even saya pun tak pernah beli benda tu so saya tak amik serius la pasal dia pun gelak je time tu). Tapi kan, time kelas semalam dia ada sebut.. “Ya Hannan, Ya Mannan..mana sotong yang kau janjikan nak beli untuk aku tu? “ saya macam terkejut, eh..bila lak aku janji ni?? Ingat kan main je.. dia sambung lagi.. “kau ni nama je anak ustaz, tapi tipu.. aku tahu kau bukan anak ustaz..hidup tak reti bersedekah..bla bla bla..” OMG,  berdesing gak telinga ai. Pastu dia gelak..saya tahu dia bergurau tapi ai is sensitip. Nak je jerit cakap  SAYA BUKAN ANAK USTAZZZ!!!! So, saya amik keputusan membatukan diri tanda protes. Kah3. Agaknya dia perasan saya macam sedih, senyap dia tegur.. “ eh Hannan, aku bergurau je la.. dah banyak student aku sakat tau, sampai menangis..tapi aku bergurau je” dia senyum. Hehe, terasa seakan dipujuk, saya back to normal me. (merajuk ngan lecturer adalah tak cool okay)
Haha, saya sebenarnya respect sangat pada lecturer tu, Pak Chad nama dia atau lg formal Dr Arshad. Dia bercakap berdasarkan pengalaman, seronok dengar.. baik je tapi yang tak dapat terima gurauan selamba dia akan terasa panasnya. Hahaha. Alaa..saya ni sejak sekolah rendah lagi kena denda ngan cikgu pun merajuk. Keh3, terbawak-bawak sampai hari ni. Biasala, I olls is manja. *mata ke atas* next time la saya belikan dia benda alah tu kalau jumpa. Huhu..
Seronok dengar celoteh lecturer yang pelbagai ni. Some boleh jadi inspirasi dan motivasi. Thanks all pendidik.. keranamu saya di tahap ini, Alhamdulillah.
Tapi saya BUKAN ANAK USTAZ. Nanti la gtau personally kat Pak Chad. Tak seronok lak bila tak betul ni. Tapi ai wonder nak ke dia terima kata saya bukan anak ustaz?? Kah3, gasak la, bukan niat saya nak menipu pun.. (=.=) dia yang memandai cakap saya anak ustaz.

budak ni anak ustaz??

tolongla..saya bukan anak ustaz. muka menangis nak explain.

Bye =)
p/s: tapi dulu masa Abah keje ngan government, orang kenal dia as Ustaz Derus. So saya tak menipu la kan?? At least pernah jadi ustaz. Hik3.
oh, hari ni dalam kelas pun terkena lagi. "Ya Hannan, kau dah pergi sampai Langkawi pun sebiji coklat pun aku tak dapat. kedekut kau kan??" saya?? Terdiam dan senyum. macam la saya sorang pergi Langkawi tu kan..keh3

No comments: