Wednesday, 3 October 2012

perempuan mengada

Siapa perempuan mengada tu? Haha, saya la. Kisahnya, biasala saya ni jenis yang fikir panjang jauh sangatttttttttttttttttttttttt ke depan. Contoh kes, kalau orang lain sibuk buat plan nak meniaga, saya bukan takat buat plan nak meniaga je, plan kemungkinan kegagalan, macam mana saya nak uruskan masa, apa orang cakap kalau saya berhenti separuh jalan, macam mana kalau saya meniaga barang tak laku. Perghh, jauh sangat kan. Padahal meniaga pun belum nampak nak jadi ke tak. Haha, tu contoh la, tapi memang saya fikir apa-apa banyak sangat ‘kalau’ nye. Biasa la perempuan, well, I got it from my mum kot, sebab abah selalu cakap, “umi memang suka fikir kompleks”. Haaa, like mother like daughter la.. haha, kadang-kadang saya realize bila umi fikir pelbagai kemungkinan, terdetik dalam hati, alahai, jauh umi fikir. Padahal kalau saya kena fikir perkara sama macam umi fikir, kami sama dengan je. (^____________^). Ampun umi, bukan kutuk, muhasabah je.hihi. Ok, balik tajuk utama.

Disebabkan fikiran saya yang jauh ke depan sangattttt tu la si buah hati selalu nak argue. Serius! Dia memang tak suka saya fikir benda tak patut saya fikir. Fikir bukan-bukan, mengarut, pastu buat assumption sendiri then terasa hati sendiri  then mati. AIYAKK! Contoh, bila saya balik dari Terengganu untuk pergi Melaka, saya akan pergi KL dulu. Mula la saya fikir, ‘oh, saya susahkan awak la, kalau saya terus pergi Melaka awak tak payah susah-susah ambil saya, hantar pergi Melaka’. Padahal, dia tak fikir macam tu pun. See?? Paham tak?? Masalahnya, saya memang jenis nak kena fikir orang,”eh, nanti dia free ke nak amik aku? Tak apa ke?  Jangan-jangan dia terpaksa.. bla..bla..bla..” macam-macam la weh, bila dah totally waras, baru saya sedar nape jauh sangat saya fikir. Teruk kan? Aah. DAMN.

Tiap kali keluar, sure akan ada sesi motivasi dengan si dia pasal hal ni. Latest one, kena marah kot sebab fikir melampau weh. Sentap ati tau kena marah. Sobs. Dia pesan, “FIKIR MATANG, JANGAN FIKIR MENGARUT”. Haha. Ada lagi yang selalu dia pesan, “jawab apa orang tanya je, tak payah jawab merapu”. Lagi ayat dia, “sekolah tinggi-tinggi..” saya terus jawab, “nape? Nak cakap bodoh?” (dah mengarut, orang tak cakap, saya cakap sendiri, saya terasa sendiri, saya merajuk sendiri, pujuk diri sendiri) Dia tak layan, sebab bukan dia yang cakap tu.

Heh. Oh, pasal yang latest tu, dia basuh saya banyak sangat, sampai saya terdiam. Kalau lawan cakap ngan dia ni, sure saya tak menang. Memang TAK. Cisss! So, diam je la dalam kereta sampai la dekat Downtown Mines, tempat saya request nak pergi. Turun je kereta, saya buat-buat tunggu dia, takkan nak jalan terus, buatnya dia tinggal?? Dia macam buat muka tak puas ati, so saya dengan muka innocent, jalan depan sorang2 dan of course la dia ikut. Hahaha (yess, tau pun sayang nak tinggal..keh3). sape suruh basuh orang banyak sangat? Tak nak kawan! Jadi en. Bodyguard ye.. haha. Jalan la kami macam orang beratur berdua. Saya masuk lorong, dia masuk lorong. Saya singgah, dia pun singgah. Tup2, saya berkenan satu baju, hehe..dengan muka tebal, buat2 cakap ngan dia, “cantik tak baju ni?” Dia dengan muka blur “cantik”. “berapa eh? Cuba tanya pastu mintak kurang”.(saya tak suka sesi tawar menawar). Sekilas dia jeling then deal dengan peniaga tu. Dapat la baju tu pakai duit dia. Saya nak bayar, dia tepis tangan saya. (bagus, buat macam ni memang saya sayang) haha.

Dah dapat baju tu. Weh, apa lagi, baru la ingat ada buah hati.. mula la jalan nak pegang lengan dia, jalan seiring. Hahaha. Perempuan. Apa lagi nak? Dapat baju ke, kasut ke, dah cukup buat hati terubat. Muahahaaahhaaa.. lagi-lagi perempuan MENGADA, macam SAYA!  Terus lupa kena marah tadi, dendam2 kesumat lama. Pandai you ekkk.. (^____________^)

Ingat sampai bila-bila: FIKIR MATANG,JANGAN FIKIR MENGARUT!

*google*
Ok bye =)

No comments: