Thursday, 18 October 2012

Happy Day

Ahad lepas, pagi-pagi buta lagi saya dah terpacak dekat Serdang. Tak pagi sangat la, 8.45 dah ada di sana. Wahhh.. semangat ai mengotakan janji.. tapi3, macam biasa.. si dia lambat. 30 minit. As usual. Melangut la ai kat kedai mamak tuh, sambil minum air je sebab ingat nak makan dengan dia. Dah la lambat, boleh pulak dia salah mamak. Haissshhh..(membebel). Padahal haku yang tak kenal mamak yang dia suruh pergi tuh,kuang3! Gasak la, janji u tetap lambat.

Nampak je kereta dia, saya buat2 buta..(xnampak..lalalala) tiba-tiba bunyi hon pulak. ‘eh, kete sape nak cari gaduh ngan aku ni?’ Baling the o ais baru tau.heh. buat2 pekak sambil selamber sedut air.. muahahaha.. then perasan seorang tu masuk kedai tu, dalam hati cakap ‘eh..macam kenal,tapi…Siapa ya?’ muahaha..oit, dia dah 4 tahun jadi bf kau, bukan hari ni tukar rupa Brad Pitt pun sampai kau tak cam! Keh3. Tapi kan..sobs..dia kan..sobs.. pun buat tak kenal saya since dia nak marah saya tak pergi masa dia panggil. Hahaha

Lepas beli roti canai nak bawa ke rumah mak su dia, terus dia ajak gerak.. ok, fine! Ai tunggu u nak makan, sampai ati u kan.. (dlm hati). Dalam kereta pun jadi orang bisu la. Sampai ke Putrajaya (rumah mak su), pura-pura baik dengan dia tak nak nampak pelik. Lepas tu gerak dari Putrajaya, baru dia nak bukak mulut bercakap. Soalan pertama saya : “tadi kenapa diam? Orang dah la merajuk tunggu dia lama, x makan pun” dia jawab “dah tahu merajuk, saja tak nak layan” CISSSS!!!

Berdesup ke UPM, nak rasa orang2 konvo ni.. memang ramai gila manusia berjubah merah hari tu. Dia ajak la pergi dewan tu, tapi saya malas..yela, pergi sana pun tak tengok sape kan? So, terus je ke Pesta Pertanian dan Inovasi UPM. Panas terik hari tu.. banyak juga booth yang ada, tapi dek kerana panas, tak singgah pun mana2..aci lalu je cepat2 nak menuju ke tempat teduh. Lepas tu sambung lagi dekat Pesta Konvo pulak.. saje jalan cuci2 mata. Ada cerita kelakar, dek kerana saya jalan sambil tengok booth je, tiba2 terlanggar tali booth tu. Haha *malu weh* nasib baik pandai cover.. ada juga pameran kereta yang memekak tu. Pencemaran bunyi je.. dah penat jalan, kami makan!

makan cupcake tapi tak shedappp punnn =(

bosan la jadi model sorang2

car audio system yang memecahkan gegendang tinge ai

sedondon biru sampai dia tiba2 kata kami serasi.. baru tau?? cis!

muka mintak lempang

panas so hot la


Siap makan je, berdesup lajulaju pergi cari best port nak amik gamba. Gambar pakai jubah la.. sebab nanti tak tau lagi bila saya nak ada gambar dengan dia pakai jubah tu. Sobs =’( sekejap jubah tu dia yang pakai, kejap lagi jubah tu saya pulak rembat..saje je nak rasa feel orang grad, huhu.. tapi tengok gambar macam ai lagi sesuai je untuk grad tu.. haha.. Mula2 tangkap gambar sendiri, tapi tak syok pulak. Saya cadangkan dia guna self timer.. bila dah try, hasilnya mengagumkan!! Yayyy!!! Snap, snap dan snap. Sampai penat.. 


macam dak tadika..pastu saya kena marah sebab katanya tak pandai tangkap gamba..sobs

yela,awak jela pegang kamera

*again*

*and again*

ai da grad..ko ado?

tu sijil degree dia dulu, nak nampak real..usung semua buat props yep..

sape yang grad nih??

haku laaa

eh, tak.. DIA!

tahniah in advance (time ni)

UPM dihatiku..ehhh silap.. dihatinya

mencari penerima yang sah

muka yang belakang dengki

*bila la giliran aku..*

a woman behind successful man..ahhaa

akan tiba masanya nanti...




Hari tu kami keluar, memang banyak gila gambar.. sampai gelak terguling-guling tengok gambar sendiri yang dah macam hape je.. tak cukup dengan tu, pergi Putrajaya pulak tangkap gambar lagi. Lepas dah agak petang, family dia dah sampai.. so saya ikutla pergi berjumpa keluarganya tu.. lepas tu ikut pergi Gulatis Silk House dekat Bangi tu.. lepas tu bermula episod hati terluka.. sedih3, tak nak ingat la… (hati yang rapuh) 

Overall, hari tu memang best..except for the ending.. (boleh tak nak up cerita tu kat sini yang?) hahaha..tak nak ingar..sedih sangatttttt =(

cukup la dulu, next time pulop la nehh..heheh

Bye =)

No comments: