Tuesday, 16 October 2012

Birthday Pillows


*entry yang terpaksa dibekukan*

Hihi, kenapa di beku kan? Sebab seperais la.. kalau ikutkan, dah lama sebenarnya gatal tangan nak hupdate pasal ni, tapi tahan je supaya seperais will be SURPRISE!!! Haha.

Ni sebenarnya the making of buah hati birthday present. Dari awaaaaaaaaaaal lagi saya dah pening kepala pecah otak nak balas birthday present dia ni. Mula-mula cadang nak beli superbike since he craze about it, haha, tapi cancel la sebab mak tak kaya nakkk.. sobs =’( pastu terfikir nak hadiahkan jam tangan TISSOT, tapi tengok purse Cuma ada limaplohsen jen. Ciss, jangankan TISSOT, jam tangan BEN 10 yang lima hengget pon kau tak mampu.haha

Lepas tu datang idea kreatif, nak buat sesuatu by my own! TINGGG!! Aha, bila dah dapat bayangan tu, laju-laju pergi DAISO mencari barang-barang yang pernah di usha suatu ketika dulu.. tau tak saya nak buat apa?? Jawapannya ialah.. BIRTHDAY PILLOW!! (nak bagi dia tido lena). Berjuang la mencari kain felt, sambil dalam kepala membayangkan combination warna yang cantik, beli benang seguni, dan dua ketul bantal kecil.

Lepas dah beli barang, hati rasa puas. Tengok barang je, muka senyum. Tapi mahu 3 hari juga barang itu terperap sebab tuan dia busy buat research nak buat corak apa + risau takut dah start nanti separuh jalan je. Hihi. Tengah malam ke dah pagi ntah, tiba2 semangat datang terus je saya potong semua material tadi untuk jadi sesuatu, biar nampak arah tuju sket. Dah abis potong tu, besoknya saya start menjahit. 100% handmade sewing tau, tak pakai gam langsung. Patah pinggang woo..

Seminggu lebih juga saya menjahit, yela.. kan siang pergi kelas, mana nak ada masa.. bila gaduh je, terus jahit dengan perasaan berbaur, lantas jahitan macam hampeh lalu perlu di buka semula dan di jahit semula. Sabar je la.. setiap kali dia call, saya akan cakap saya menjahit. Jahit manik pada tudung yang nak di pakai untuk majlis konvokesyen beliau. Keh3, sian betul kena tipuuuu..haha. nyaris juga nak terkantoi sebab tak tahan weh mainkan dia lama-lama, lagi-lagi time majlis dia tukar jadual dan menyebabkan saya tak dapat hadir. DAMN.

He: eh, tarikh konvo dah bertukar la, hari Isnin. X jadi la Ahad.. hmmmm (kecewa)
Me: yeke? Oh takpe la, nak buat camne..  (frust weh, degree punya convo pun tak dapat pegi hari tu)
He: tak ada mood la, kesian awak bersungguh jahit manik kat tudung nak pakai nanti. (suara sedih gila)
Me:#tak jadi nak sedih, rasa nak gelak pulak# keh3

Muahaha.. kesian kan? Nasib baik mulut berkompromi ngan otak untuk kekalkan rahsia tu.. sian sangat dia down gila bila kenangkan kesungguhan saya jahit manik pada tudung untuk attend convo dia. tapi.. kah.kah.kah. kena tipuuuuuu.. Padan muka. Dan saya biasa la, suka tambah rasa bersalah dia tu dengan cakap ‘penat je jahit, tapi tak dapat pergi’, lagi la termenung si dia… hewhewhew.
ni haa rupa 'tudung manik' ai jahit tu...

benang da perca kain felt
lepas potong dan test position corak


jahit = patah pinggang
taraaa!!!! siap dahh..



happy birthday pillow for him..


fuhh..lega bila semua siap.. puas hati gak walaupun jahitan macam hampeh je.. muahahaha.. so sape nak tempah sila la jangan ye, sebab saya dah serik! hahaha

bye =P


No comments: