Wednesday, 17 October 2012

A garden in his heart


Hai

#kebelakangan ni banyak post pasal buah hati je, sape menyampah..tak payah baca ye..TQ#

Ini entry sambungan kepada birthday pillow tu.. dah penat-penat buat mesti nak bagi kat tuan dia kan? Tak kan nak campak dalam tong sampah bila dah bagi 100% effort kat situ. Ye dok??
So, memandangkan saya tak dapat pergi majlis convo dia pada hari Isnin baru ni, saya penuhi la permintaannya supaya datang pada hari Ahad. (pasal ni nak up entry lain) *sila menyampah*

Nak terus lompat ke part bagi hadiah ni ye.. oh, saya sebenarnya ada belikan dia sehelai t shirt murahan tempoh hari lalu dengan bangga saya balut dengan pamphlet discount yang dah expired Jusco. Haha. (mood asyik nak save budget je). Wlaupun macam tu, buah hati tetap kata ai ni kreatif. Muahahaha..kau ade?? So first saya hulurkan la dulu hadiah tu..

kreatif tak??


kad pun cincai je..hihi (double sided card)

baca sambil senyum =)



Dia belek-belek sambil cakap “eh, dah tua (sedar diri) pun dapat hadiah ke?” “apa dalam ni?” duk ulang tanya namblas. Nak je cakap, “hoiii..bukak la kalau nak tauuuuu” haha. Lepas tu dia bukak, nampak shirt tu dia senyum-senyum sambil cakap cantik dan thanks. Ye, sekadar tu je reaksi. Maklum la shirt murahan kan. Sobs =’( then masa kalut-kalut dia nak keluar kereta tu saya cakap jap, ada satu lagi hadiah. (sambil tangan capai paper bag besar kat seat belakang). Awlal awal jumpa kami dah buat muka so dia tak perasan kot paper bag yang saya bawa tu. Nota: paper bag yang dia guna time bagi hadiah birthday saya, saya hanya RECYCLE. Muahahaha.. jimat.. sampai dia cakap, “eh,kita dah bagi dia, dia bagi kita balik”.. agaknya dia tak paham istilah jimat ni..hihi

Sedaya upaya dia bukak paper bag tu (saya ikat)..

tak menyabar lettew..

Reaksi beliau semasa melihat bantal tu..

saya pun tak reti nak describe expression dia ni

totally speechless!! senyum je

Mula-mula cakap comelnye.. banyak kali dia ulang, sambil belek je benda alah tu..senyum dan tiba-tiba jadi speechless. I spotted some changes to his face. By that time, he’s wearing sunglasses so saya cakap:

“u, tanggalkan la spek tu, tak nampak mata u, tak tau u suka ikhlas ke tak..”

Slow je dia tanggalkan spek, saya nampak dia sebak, ada takungan air dalam matanya.. (kantoi) haha.. sobs3 memang dia tengah terharu and I never expected his expression would be like that. Sampai saya pun tiba-tiba terharu sebab he seems to really appreciate that. Yela, sebelum ni macam-macam saya fikir takut dia tak hargai.. haha..

Dah alang-alang dia terharu + sebak, sebagai girlfriend yang kejam, saya ungkit semua proses pembuatan tu.. haha, “seminggu lebih saya buat ni, sampai tak tido, bila tak jadi saya bukak balik, jahit balik..patah pinggang woo..bla..bla..bla..” dia tetap speechless dengan never ending thank you, compliment for me and wide smile on his face. Nampak macam kanak-kanak yang hatinya sangat jujur, tulus, mulus. Ecehhhh..

Tak cukup dengan tu, balik malam tu dia text saya lagi:
….terharu sgt pasal hadiah tu..sebab tu masa suruh bukak spek tu dalam ati ckp, eh..mana tau tengah menahan sebak ni.. (lebih kurang macam ni la)

Yang penting si dia happy sangat and so do I.. berbaloi ai buat, hari ni pun dia ada sebut lagi pasal bantal tu..nak letak dalam plastic katanya, sayang nak guna… alahai, bantal je pun sayang eh.. (^______^)
Currently that bantal selamat dalam kereta dia. haha

macam peluk anak kembar je?

p/s: satu rahsia bantal tu, disebabkan kain felt saya beli tak cukup, penat saya fikir kreatif nak buat macam mana. Last2 saya ambil t shirt hitam saya yang dah tak pakai lalu dipotong untuk dicantumkan..haha. Even my friend kata kain t shirt tu lagi sedap.. haha.. kreatif bukan?? Ok dah, PERASAN!!

Bye =P

#nak tengok sampai bila dia nak terus sebut pasal bantal tu..=) campak merata siap la dia!


No comments: