Sunday, 30 September 2012

SEOUL GARDEN

Lagi entri pasal makan. Sila jemu. (T.T) eh, sure anda tak jemu sebab aksi-aksi kami dan aksi makanan ni sangat mengujakan. Hahahaha. Well, macam ni ceritanya.. last week, Diyana ask iili and me to accompany her. Initially, she wants to go to AEON Bandaraya Melaka, so I agreed. When the time comes, she switched her plan: to Mahkota Parade. So, I refused since I had nothing to do in MP.

Masuk bilik mereka, mereka sedang bersiap. Seeing me laying on the bed, Diyana asked, “betul ko tak nak ikut?” i said, “tak nak, malas lak nak jalan jauh tu..” Diyana diam. Sambil tangan pantas lilit-lilit pashmina. Pastu dengar lagi suara dia “ko tak nak ikut aku, aku tak nak temankan ko g mana-mana dah”. Ouucchhhh!! That’s a warning! Saya? Laju-laju jalan masuk bilik pegi bersiap. CISSS! =)

Pastu sampai kat Mp, the first thing Diyana cari is the place to eat. Saya dan Iili, “kami dah makan tau, nasi lemak 70 sen tadi” (haaa..wujud lagi nasi lemak 70sen ni). Since Diyana tak makan lagi, kami redha aje la membuntuti beliau. Wehh, siap g amik map MP lagi tuhh, haha, macam first timer.. kau ado?? Iili offer kat D ni, KFC or McD. Tapiiii, dia tolak.. haa?? D refuse McD?? That’s amazing. Haha she is McDs’ die hard fan. Haha. Usul pertama beliau: Sushi King. Nope, not my taste. Then she was attracted to SEOUL GARDEN. “weh, sini makan apa?” Iili pun beriya explain, belum abis explain kitorang dah terpacak depan restoran tuh. Pantas kan??


Masuk dalam, cari port tersembunyi sikit pastu terus g angkut makanan.. masing-masing amik pinggan, kutip semua benda yang ada. Lupa dah kat pesanan “DON’T WASTE FOOD. EVERY 100g WASTAGE WILL BE CHARGED RM5”. Haha, bantai je, janji meja penuh, puas hati tengok. TAMAKKKKK.





Dah agak-agak meja tak muat nak letak makanan dah baru kami berhenti mengutip. Duduk menghadap dapur sambil perhatikan si iili masak. Expert je Iili ni, so saya ngan Diyana menanti makanan yang sedang dimasak dengan sabar. Sambil tu makan nugget, mini sausage, ngan samosa manis. Haha.
Dah lama-lama tu baru la masing-masing masak bersama.










 Macam-macam kami masak, daging, ayam, sotong, udang, lala, kerang, kepah, dan banyakkk lagi. Bakar kerang sampai tak boleh nak bukak, dah overcooked. Hitam. Legam. Udang pulak saya belasah sorang-sorang. Haha. Mereka ni pandai, dah masak bagi kat saya kopek udang tuh, sambil kopek sambil makan, last-last both of them dapat makan satu sorang je. Muahahhaha, padan muka. Masak, makan, telan. Masak, makan, telan. (ulang aktiviti sama 1001 kali).












Sampai satu tahap, semua dah kenyang, menyandar sampai rasa nak baring kat situ. Perangai buruk ni jangan duk tiru ye, tak ada orang nak buat menantu nanti. Mula la aktiviti pass makanan. “weh, ni ko abiskan”. “aku dah makan banyak la”. “Ini iili punya la”. “weh, jangan bazir nanti kena bayar”. “haa, kita makan la sorang sikit”. “TAK NAKKKKK!!!!” keluar je perkataan tak nak tu, terus mencurah-curah idea nak simpan mane makanan yang tak abis tu, adala dalam sepinggan kot. 2-3 biji selit celah dapur, 4-5 biji rendam lam mangkuk, tindih nagn pinggan, sembunyi bawah tisu, hahahahaa.. 









*muka-muka makan sambil tak nak makan*

 lepas Nampak meja macam dah clear, apa lagi, “weh, jom amik ais-krim”.-Iili. ??? lorr, nak sambung lagi, tapi takpe ais-krim je. Kira macam hidangan penyudah la tu. Makan ais krim pulak, nikmatnya la haih..







 Alhamdulillah. Sudah je makan tu, panjangkan leher intai staff mereka. Tak ada yang berlegar-legar. Ok, CLEAR! Kaunter? CLEAR! Cepat- cepat bangun, berdesup keluar dari SEOUL GARDEN sambil tarik nafas lega. Hihi, takut nanti mereka timbang wastage food tu je.

Moralnya, makan tak perlu nak tamak, x habis, xbaik. AIYAKK. Alhamdulillah, kita ni beruntung dapat makan banyak, certain people starving to death. Sobs. =( lepas ni janji tak nak macam tu dah. Oh, lupa, 2 jam lebih gak kami menghabiskan masa membelasah makanan kat situ. 3 orang makan worth RM110++. Thanks Diyana. =).

 Lepas tu pusing MP sampai lebam, then pergi AEON Bandaraya Melaka, pastu balik membutaaaaa tak ingat dunia. We are too tired. Tapi sebelum tu perut rasa tak berapa nak sedap dah, agaknya over makan la kot. Perrrgghh. Terbaik la. (^______^) Alhamdulillah.

p/s: semalam terserempak ngan Hanis Zalikha kat IKEA. Saya kenal dia, but of course la dia tak kenal saya. Haha.

Bye=)














No comments: