Saturday, 22 September 2012

Pizza Hut-ing

Thursday is a lazy day since I had class only at 4.30 pm until 6.20 pm. It is also a bonus for a sleep lover like me. (boleh la tidur lama..heee). Boleh la berangan dullu sampai ke bintang sementara menunggu nak pergi kelas. Nak pergi makan? Memang tak la, jenis yag rajin macam ni lepas kelas baru terhegeh-hegeh gi makan. Senang, sekali harung je. Muahahaha. 

Memang plan macam tu la selalu, tapi tiba-tiba plan rosak bila Diyana call Iili ajak pergi makan. Hmm, saya terseret sekali la tu. Punah segala angan-angan kami, tak sempat ke bintang pun, belum sempat cecah awan. Hihi. Si Diyana ni ada kelas, cemburu la tu ngan saya dan Iili berehat kat bilik. Haha, Diyana’s request was not bad. Pizza Hut. Really not bad. Haha. Siap la si Iili. (^_______^)  Jom Pizza!!!

Dah sampai tu mula-mula ada briefing dulu daripada pizza-know-all, Iili. Since she had an experience working with pizza during semester break, she told us everything. How they make pizza, how they prepared the deli wing and more. Hah, kau adooo?? Eh, ni nak makan pizza ke nak belajar tentang pizza? (bisik Diyana dan saya dalam hati)

*briefing session: "pizza ni macam ni, macam tu..bla..bla..bla.."*
"eh, yang ni macam best la, kan?" "aah"
"ahh, pilih sendiri lagi syookkk"
Pilih punya pilih, dapat la regular Superpan Pizza tu, 1 personal pizza, soup, Hutt’s Platter, and Deli Wing. Penuh gak meja ehh.. apa lagi, makan time!




 Semua pun tak makan dari pagi, so masing-masing gigih menghadap dan mengunyah. Sampai dah kenyang, meyandar, ngantuk. 

*mereka rebut sos*

"oh..nikmatnya..(Diyana)"

*(^__________^)*
The last part of pizza, we cut into three small pieces to be fair. Sebenarnya semua dah kenyang, tapi tak nak membazir punya pasal, kami balun jugak. (buruk nau perangai kami)

*aku ada, kau ada?? haha*

Serius, perut kami kenyang tak hengattt.. Burppp! Alhamdulillah. Kenyang perut suka hati, thanks Iili, len kali kami nak lagi. Pergi kelas pulak, apa lagi dalam kelas mata berat semacam. Tu la, sape suruh makan banyakk..sabar, tunggu sampai kelas abis. “ok, next class kita jumpa lagi”, kata lecturer lantas membuatkan mata saya dan Iili segar semula. Haha. Yang tak tahannya, jalan tak sampai 50meter (I guess), si Iili ajak saya duduk. Tak larat nak jalan, kenyang sangat. Come on la iili, kolej kita sepuluh langkah je lagi. Nak tak nak, akur la jugak, duduk kat parking depan Uitm tuh. Terserempak pulak ngan Diyana, (baru abis kelas gak) lantas diseretnya kami balik. Tak balik terus pun, pergi foodcourt pulak. FOODCOURT??  OMG!! Makan lagi??? Tak la, AIS-KRIM je hokkayyy…=P

P/S: bab makan, kami memang boleh ngam. Hahahaha

Bye =)









No comments: