Saturday, 22 April 2017

Kuku kaki terkopek

Hari Sabtu lepas kuku ibu jari kaki aku terkopek macam pintu, sebelah boleh buka sebelah lagi sangkut sikit. Pakej dengan kulit tersiat sikit hahaha. Sebab? Aku angkat dan seret magnet sheet suami yang gila berat tu pastu nak angkat lagi sekali dia tersangkut kuku maka duhhh terjadi la peristiwa itu. Mula mula rasa kebas tapi aku pandang kuku dh terbukak darah pun start memenuhi ruang tapi tak banyak la ye. Rasa nak melompat sebab mula rasa sakit pastu terus gi mandi. Siap mandi aku whatsapp suami kata kuku terkopek dia kata sabar jap dia on the way balik kerja. Pheww.

Suami balik je dia pegang kaki aku pastu i dh start nak nangis sebab sakit pastu suami terperanjat gila tengok teruk kuku aku jadinya dia ingat sikit sajoo. Haha. Dia kata kita letak handsaplast bagi kuku ngn kulit bertemu semula. Euww. Dia ajak ke klinik aku tak nak yee, takut hahaha. Hari Ahad pun macam tu jugak sakit kakinya pastu Isnin gi kerja macam biasa tapi sekejap2 ada air meleleh kat kuku sana. Suami kata air bisa, tp banyak so dia decide kita g klinik la gituuu.

Tgahari kitorang gi klinik, doktor minta tengok kaki aku terus dia cakap "ni kena cabut ni,teruk takut nanti infections bla bla" aku nangis lagi depan doktor bahaha. Taknakk cabut aku takuttttt. Doktor suruh baring, lapik kaki dengan kain dia whatevs. Suami duk pegang pipi aku cakap sabarr tak sakit. Pastu doktor bius 3 tempat kat kaki tu, sakit bius tu oi. Aku ambil tangan suami aku gigit bahahha. Walau dah bius aku macam boleh rasa dia tarik kuku tu tapi tak rasa sakit la just aku gerun huwaaaa. Menangis sepanjang prosedur nail avulsion tu ye hahaha. Lepas tu sapu ubat luka then doktor balut. Dia pelawa aku bawak balik kuku tu memang tak la aku nak. Pandang pun tak nak. Takuiiitttt. Pastu terus hilang sengal2 kaki tu semua. Makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Mc dua hari yuhuuu😁😁

Mula2 seronok sebab tak sakit dah tetiba bius hilang mula la berdenyut2 kaki iols. Hahaha. Suami pegang dahi aku katanya aku diam je ingat dah demam sebab sakit. Melampau nau. Hahah. Esoknya gi cuci luka pastu dua hari lepas tu g cuci lagi. Huahua. Hari ni suppose kena g lagi tapi aku macam malas. Japgi aku nak buka balutan ni pastu bersihkan luka sendiri. Macam berani je pompuan ni haha.

Aku cakap kat suami sakit beranak tak macam ni setitik air mata pun tak keluar, sakit kuku terkopek ni menangis meraung aku hahaha.

Lepas ni Sabtu aku dah malas nak beria kemas rumah alih barang tu barang ni. Hahhaa. Tapi kalau dah nak kena tu kena la jugak kan. Huhu. Berhuhuhu je la. Hari ni seminggu dah ok sikit kot, japgi aku nk cek. Hihi.

Bye!

Tuesday, 14 March 2017

Cuti maternity panjang

Sehari lewat period aku dah menggelabah. Siap ajak suami gi Guardian beli pregnancy test. Hahaha. Risau je kalau second pregnancy pun saat aku tak berapa nak ready. We both actually bahahahaha. Tapi tapi bila cakap ngan suami pun dia jawab "kalau ada pun tak apa laa, Danisy dah besar kann"

Ehhh apakah?? Zass zass senang pulak tukar fikiran. Ternyata sehari selepas tu aunty red datang. Not pregnant guys, pheww 😅 Belum lagi, Danisy pun belum graduated breastfeeding. Blergh. Kasi i rehat jap lepas Danisy grad nanti hahahah. Pastu baru kita fikirkan nak besarkan family, inshaallah.

Hari tu ada cakap dengan suami, Maybank offer setahun cuti for maternity, tujuan is untuk fokus dengan anak. 3 bulan full gaji, another extended 3 bulan dengan setengah gaji dan 6 bulan bakinya tanpa gaji. Gitu. Bak kata suami, its actually a fair game pun. Sekarang kan banyak company reduce employees, offer early retirement kan so this MAYBE one of Maybank's strategy to reduce cost.

Suami bagi contoh, katakan sorang tu gaji RM1000.

3 bulan cuti bersalin full gaji = RM1000 x 3
3 bulan setengah gaji = RM500 x 3
6 bulan tanpa gaji = no cost incurred
Total = RM4500

So dorang hanya keluarkan RM4500 instead of paying RM12,000 (setahun) per employees.  Itu suami aku dengan aku punya pendapat la. Tapiii, sebenarnya bagus Maybank ambil langkah macam ni, mak boleh fokus dekat anak setahun terus. Tak ado pening fikir nak hantar baby 3 bulan ke pengasuh. Huhu.

Aku ada baca, Sweden pun bagi 56weeks maternity leave to their employees at 80% their gaji. Ni best! Hahahha. Pastu Netflix pulak provide unlimited paid leave to both ibu dan ayah for the first year of baby birth. Huhu. Pernah tengok jugak adik Dr Halina cakap dorang kat Dublin maternity leave is 6 bulan. Wow. Tapi aku tak kaji sangat ok, tau tau macam tu je. Hahahahha

So actually depends kat kita la kan, nak apply panjang mana cuti. Dah nak cuti lama sangat kang bos kasi cuti terus. Hahahaha naya.

Uishh bahasa rojak semua atas tu, maaf ya. Nak letak tajuk apa pun tak tau entry gini hahaha.

Nanti lah borak lagi, tido jap!

Bye 😄😄

Thursday, 9 March 2017

Viral fever

Danisy start panas dua hari lepas, pukul 3 pagi. Pagi tu aku gagahkan hati g hantar anak ke pengasuh, sebab aku nk settlekan certain things. But at the same time i  am ao ready to received call from pengasuh if kena half day anak demam teruk whatever. Dan memang alu halfday ya 2 hari lepas. Gi klinik beli ubat, malas tunggu doktor sebab ramai orang.

Esoknya, aku tau Danisy still demam tapi aku hantar ke BS jugak, BS dia xheran sangat kalau demam sikit sikit memang dia suruh hantar je, dia tengokkan. Aku sampai tempat kerja orang tanya eh anak dah sihat ke. Aku cakap sihat macam tu la. Pastu ada cakap "pengorbanan kan cari duit" terkedu jap. To be honest, work and family i memang pilih family. Because i think BS can handle the situation, bukan Danisy jenis demam menempek lembik macam tu pun. Dia super aktif super lasak just badan panas. Aku tak menghambakan diri ke kerja pun. Huhu sentap statement macam tu. Berapa sen sangat cuti nak dibandingkan kesihatan anak. Kann?

Jemput Danisy petang tu, panas lagi badan huwaa. Sempat merayap jap Aeon, pastu bawak jumpa doktor kali ni. Doktor cek semua ok, tekak je merah sikit. Maybe viral fever. Tapi dia suruh pantau, if panas sampai hari ke 3 kena datang balik untuk blood test. Malam tu saje doktor tu dapat 4 kes denggi fever. Uissshh takut mak. Memang malam tu kat klinik penuh bebudak. Musim demam la kot. Tapi orang semua pelik dengan Danisy, sebab dia kehulu kehilir super happy gi tegur semua orang. Siap orang tanya kat suami si Danisy demam ke apa. Suami cakap demam pastu dorang cakap xmacam demam pun hahahha. Memang ya, even doktor pun tak risau sangat sebab dia aktif. Bahahaha. Temperature Danisy almost 40 semalam so aku cakap doktor boleh ke buat surat aku nak cuti esok tengok anak. Dia kata dia bagi aku MC je la. Hihihi itula terjadinya MC aku hari ni haha.

Bangun pagi pagi tadi aku pegang Danisy, fuhh lega dah sejuk. Alhamdulillah. So aku cakap ngan suami, Danisy dah sejuk la boleh gi kerja ni. Takut nanti kerja aku kat ofis jd beban ke orang lain haha. Suami cakap "awak ni skema la, dah ada MC tu cuti je la lantakkan kerja sana" bahahhaha. Adoii. Tengokkan Danisy hari ni biar dia fully recover. Ishhh baikk tuannnnnn. Errrr.

Itula cerita dia iols berperang dengan anak je kat rumah hari ni hihihi. Ni baru lepas goreng cekodok pisang, tunggu si bulat mami bangun makan. Selera makan dia dah ok balik lepas 2 hari demam. Hewhew.

Bye uols.